Perkara penting yang membosankan.

17 October 2008


Suatu hari, semasa minggu ke tiga posting medical. Saya dan rakan-rakan kumpulan 7 yang lain menghadiri tutorial BECS(Bioethics & Communication Skill).

Pengajaran BECS kepada pelajar ‘undergraduate’ USM yang mula diperkenalkan sejak tahun 2000 mempunyai tujuannya yang tersendiri.
“It re-emphasises the importance of ethical and professional behaviour as well as effective communication skills when dealing with patients, families and communities as well as government agencies and NGOs.”
-Artikel ‘Curricular Trends in Malaysian Medical Schools: Innovations Within’

Pandangan saya tentang kelas bioethics: membosankan tapi penting.
Membosankan kerana membincangkan perkara yang sama setiap kali kelas BECS (cth: breaking bad news, inform consent, confidentiality, empathy, dll..). Namun penting kerana tujuan pengajarannya yang murni.

Membincangkan perkara yang sama

Manusia akan bosan apabila mendengar perkara yang sama berulang kali. Lebih-lebih lagi apabila method penyampaian yang digunakan juga sama dan daripada orang yang sama. Lihat sahaja apa yang berlaku semasa kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Apa kata orang kampung:

“ tak dok modal lain ko?”

“dok paka jugok taktik hok tulo(sama)…oghe tok cayo doh!”

“bo la… ambo tok sir dengar doh.. tau doh cito sbenar…”

Walaupun demikian, kadang-kadang perkara yang sama (walaupun membosankan) mesti diulang-ulang perbincangannya supaya kita sentiasa beringat dan tidak lupa. Seorang senior BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) semasa zaman sekolah dahulu pernah berkata (menjawab sindiran segelintir pihak terhadap tazkirah di surau yang mengulang isu atau topik yang sama):
“ dah nama tazkirah… memang la dok ulang sebut perkara yang sama. Tazkirah ni kan peringatan.. benda yang kita dah tau, tapi diulang-ulang supaya kita ingat dan tidak lupa…”
Begitu juga halnya dengan soal pengajaran bioethics. Perlu diulang-ulang (dengan kekerapan yang berpatutan) supaya 'final produk' yang bakal dihasilkan oleh universiti kelak merupakan doktor yang beretika dan professional, bukannya robot yang diprogramkan hanya untuk memberi servis perubatan semata-mata.

Oleh itu bagi mengelakkan kebosanan apabila ingin membincangkan perkara yang sama:
1. Gunakan method atau pendekatan yang berbeza.
2. Tambahkan sedikit ‘added value’ atau perkara baru supaya pendengar merasakan mereka mendapat sesuatu yang baru selain perkara yang mereka sudah sedia mengetahui.

normal atau tak normal?

11 October 2008

Sabtu, 930 malam, Wad 7 selatan, Seperti biasa, saya bersama student lain yang oncall pada malam itu mengikut doktor melihat ‘new admission’ pada hari tersebut. Salah satu kes yang dilihat ialah kes pneumonia (jangkitan peparu). Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika doktor cuba menerangkan keadaan peparu pesakit pneumonia tersebut kepada ahli keluarganya. Selain bahasa yang mudah, doktor turut menggunakan filem x-ray sebagai ‘alat bantu mengajar’ bagi memudahkan ahli keluarga memahami penjelasan yang diberikan. Kelihatan ahli keluarga tersebut mengangguk-angguk tanda faham.

Peristiwa itu mengingatkan saya ketika pertama kali melihat filem x-ray bahagian peparu kepunyaan sendiri. Pada masa itu x-ray peparu tersebut dibuat sebagai salah satu ‘requirement’ dalam perakuan kesihatan diri sebelum memasuki sekolah berasrama penuh. Ketika pertama kali melihat x-ray tersebut, saya agak terkejut apabila mendapati terdapat organ yang terherot ke sebelah kiri badan. Selain kedudukannya yang tidak ‘center’ bentuknya juga tidak sekata kiri dan kanan. Ini membuatkan saya merasakan seolah-olah diri ini tidak normal. Apa yang menjadi persoalan saya ialah, sekiranya organ dalam badan saya tidak normal, kenapa luaran saya tidak sakit dan saya sihat wal afiat? Persoalan ini saya pendam dan terjawab beberapa tahun kemudian, iaitu setelah saya memasuki pengajian ijazah sarjana muda sains perubatan di USM KK….


Berdasarkan ilmu yang saya pelajari....


Rupa-rupanya organ tersebut ialah jantung dan memang secara normalnya bentuk serta kedudukannya sebegitu….. huhu.... sekian…



Moral of the story: janganlah mentafsir sesuatu perkara secara membuta tuli tanpa ilmu pengetahuan.


Kad Raya..

27 September 2008







Ramadhan, Universiti APEX & PMIUSMKK

22 September 2008

2 Minggu yang lalu saya diminta memberikan tazkirah selepas solat tarawih, mengupas tajuk ‘Ramadhan, perubahan & …..’

Selain ….. [baca: dot dot dot] apa yang menarik perhatian saya ialah penekanan terhadap aspek ‘perubahan’.

Sedar atau tidak, ramai orang menunjukkan perubahan di bulan Ramadhan. Terdapat kecenderung an melakukan amalan ibadah dan mengelak dari amalan yang dikatakan meng’kurus’kan pahala puasa (maksiat, lagha,). Fenomena sebegini telah dijelaskan oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya:
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!" (HR Bukhari, Muslim)

Dikatakan pintu-pintu syurga dibuka, kerana ramainya manusia melakukan ibadah. Setan-setan pula dibelenggu, kerana manusia cenderung kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Itu perubahan yang berlaku kepada manusia yang ingin mencari redha Allah. Mereka mempunyai kesediaan untuk berubah dan mengambil peluang di bulan Ramadhan al Mubarak sebagai ‘turning point’ untuk berubah.

Kesediaan untuk berubah
USM pada awal Ramadhan baru-baru ini telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai universiti Apex, mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Soalan cepu emas: Apakah perkaitan antara bulan Ramadhan dengan pemilihan USM sebagai university Apex? Jawabnya: tiada kaitan pun… satu kebetulan sahaja. Namun tahukah anda, salah satu kriteria yang digunakan oleh KPT dalam pemilihan tersebut ialah : KESEDIAAN UNTUK BERUBAH!

''USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi" -Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin

Sejajar dengan pemilihan tersebut mahasiswa muslim USM Kampus Kesihatan turut sama menunjukkan kesediaan mereka untuk melakukan perubahan. Perubahan dalam aspek kepimpinan dan organisasi yang menjanjikan gerak kerja dakwah dan aktiviti kerohanian yang lebih tersusun, mengikut saluran yang betul iaitu Persatuan Mahasiswa Islam USMKK. Usaha jentera penggerak bagi penubuhan PMI USMKK patut diberi pujian kerana menjadi ‘initiator’ kepada satu dimensi dan paradigma baru dalam gerak kerja Islam di Kampus Kesihatan. Di belakang mereka berdirinya lebih kurang 700 mahasiswa USMKK memberikan sokongan melalui referendum yang disediakan jentera penggerak.
Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah maklum balas yang muktamad pihak pengurusan Universiti terhadap inisiatif mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan ini. Semoga usaha ini akan mengukir sejarah tersendiri dengan tertubuhnya Persatuan Mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan.

Berpuasakah aku?

13 September 2008

Tinggal lagi 2 jam sebelum waktu berbuka puasa. Tekak kata dahaga, perut kata lapar, badan pula kata penat lagi letih. Otak pulak kata:

“Aku dah hypoglycemic ni..”

Belum sempat anggota badan lain (mata,lidah, telinga,tangan, kaki, mulut dan lain-lain) turut sama merungut, hati tiba-tiba pula mencelah:

“Berpuasakah aku?”

Dua patah perkataan, telah mendiamkan anggota badan lain. Masing-masing memuhasabah peranan sendiri bagi memastikan puasa pada Ramadhan kali ini menjadi pintu bagi segala peribadatan dan perlindungan dari hawa nafsu.

Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya.
(Kitab Rahsia Puasa, MAU’IZHATUL MUKMININ (ringkasan dari IHYA’ ULUMUDDIN karangan Imam Al Ghazali.)

Semua ada enam iaitu:

1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingati Allah.

2. Memelihara lidah dari omong kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’

3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya:


“Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram”
(Al-Maidah:42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki, dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasululah s.a.w. bersabda:


“Ada banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu,
selain dari lapar dan dahaga”
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan, orang itu ialah orang yang menahan dirinya (berpuasa) dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci-maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengartikan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.

5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan yang disediakan itu berbagai-bagai jenisnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang termaklum, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul dari syahwat pula keinginan yang baru. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.

6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolonglah ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadah kepada Allah Ta’ala.


Ramadhan Al Mubarak

01 September 2008

Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:
Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh....

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan.. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw.. pernah bersabda mengenainya;

“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat.”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan. Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini..

Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.

“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya..

Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini.. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)

Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt.. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.

“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)

Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,

“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"

Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.

” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.
Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1.. Perbaikan Aqidah
Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.
Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah;

“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,

“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama;

“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman;

“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman;

“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)

Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan penjelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah: 43)

“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)

“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97)

Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.
“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)

“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)

Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.

“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219)

lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.
Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Mujur...

28 August 2008



Suatu malam, dialog di unit kecemasan, Hospital Besut (orang Jerteh panggil Spital Jerteh).

Pesakit : Aduh! sakit ni abahnyo...mujo idup lagi anok abah ni! (Aduh! it's very painful, dad! Lucky, i'm still alive!)

Ayah : Lagu mano anok ambo ni doktor? (doctor, how's my son?)

Doktor : Biar sayo check dulu... Dio blago ngan gapo ni pokcik? ( Let me examine him first.... Pakcik, how the accident occurs?)

Ayah : Dia kena tepuh ko lori! ( He was hit by a lorry!)

Pesakit : Buke lori abah, ven ike! ( It wasn't a lorry, it was a fish van!)

Ayah : Mujo buke lori! Pah tu? Terok ko ni doktor? (Lucky it wasn’t a lorry .Then? Was he seriously injured?)

Doktor : Napoknyo kaki dio patoh sebeloh…… (One leg was broken...)

Ayah : Mujo buke patoh dua dua…. (Luckly both legs weren’t broken)

Pesakit : Abah, tu pong mujo dreba ven sempat brek. (dad, It was lucky that the van driver branked in time)

Ayah : Mujo ven tu tok laju…. (Lucky the van wasn’t going fast….)

Doktor: Alhamdulillah.... mujo ambo hok oncall male ni.... (Alhamdulillah... lucky that i'm the one who oncall tonight..)

Moral of the story: jadilah hamba yang bersyukur...

Banyaknya kuih?

17 August 2008


Suatu malam selepas solat isyak di balasah(surau) Haji Nor, Kedai Mulong. Para jemaah dijamu dengan kuih muih sumbangan seorang penduduk yang baik hati.

Ketika menjamu selera, seorang pakcik berkata "Banyaknya kuih!"

Saya menjawab dalam hati, "Sebenarnya bukan kuih yang banyak, tapi kita yang sedikit...."

Moral of the story: jom imarahkan surau/masjid!

Pasang telinga...

12 August 2008

Sekolah memandu, 2.00pm. satu jam lagi sebelum tiba giliran saya membuat latihan. Mata saya melirik ke arah sekumpulan orang. Kelihatan seorang cikgu memandu sedang memberitahu sesuatu kepada 3 pelajar yang juga sedang menunggu giliran. Saya memasang telinga….

“Niat ni umpamo sekor semuk hite di atah batu hok hite, di male hok gelak. Tok napok, tapi ado… bergerok…” (Niat ni umpama semut hitam di atas batu yang hitam, di malam yang gelap. Tak nampak, tapi ada, sedang bergerak..)


Rupa-rupanya cikgu tersebut sedang memberi pengisian rohani kepada pelajar-pelajarnya! Satu fenomena yang jarang berlaku. Saya terus memasang telinga, turut sama mendengar.

Sebagai seorang muslim, cikgu tersebut melaksanakan kewajipannya untuk berdakwah. Walaupun sebagai guru memandu, beliau telah memanfaatkan posisinya itu untuk berdakwah kepada ‘target group’ yang berada dalam lingkungan kerjanya.

Tanyalah kepada diri sendiri, "Apakah posisiku sekarang?" Pelajar? Doktor? Jururawat? Guru? Peguam? Staff? Pegawai? Wartawan?

Kemudian tanyalah pula, “Sejauh mana aku memanfaatkan posisi itu untuk kebaikan Islam?”

Apapun alasan, “saya bukan ustaz” “ saya tak cukup ilmu….” “saya jahat..” “saya tak layak.” bukanlah tiket untuk melepaskan diri dan berada dalam ‘comfort zone’ yang sebenarnya temporari lagi palsu. Persiapkanlah diri untuk bersama-sama memberi sumbangan kepada Islam agar dapat berada dalam ‘comfort zone’ yang permanent di akhirat kelak…

Firman Allah dalam surah As-Saff:

“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (10)


(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (11)


Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung. (12)


Dan kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin. (13)”



Buka mata, cari kebenaran
Tepuk dada, Tanya iman.

Minds...

10 August 2008


Great minds discuss ideas


"Agenda reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan harapan baru untuk Malaysia sudah semakin dekat"





-Anwar Ibrahim




Average minds discuss events

"Saya sudah cakap dari awal lagi, kedua-duanya (pilihan raya dan kes liwat) adalah isu yang berasingan," katanya pada satu sidang akhbar.






Small minds discuss people
"Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, ingin saya tegaskan di sini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini."

....

How about your mind?


..........?

Stress? Tension? Tertekan?

07 August 2008

Yellow zone, A&E HUSM. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Tinggal 30 minit lagi sebelum berakhirnya oncall pada hari tersebut. (oncall student posting A&E sampai pukul 2.00 pagi sahaja). Saya dan beberapa lagi student yang oncall sedang mendengar celoteh seorang doktor yang bertugas pada malam tersebut. Pelbagai perkara yang dibincangkan. Akademik, clinical, masalah sikap pegawai perubatan, kualiti perkhidmatan HUSM, pengalaman di hospital lain, dan banyak lagi. Di penghujung celotehnya, doktor tersebut berpesan kepada kami (dalam bahasa Inggeris, tapi saya terjemahkan dalam bahasa Melayu- mungkin ada sedikit tokok tambah..)


Belajar medic ni agak stress dan tertekan. Kamu semua harus mempunyai perkara lain (selain belajar) untuk dibuat pada hujung minggu. Keluar jalan2, tonton wayang, memancing, tengok movie.... untuk releas’kan tension. Tapi jangan sampai perkara tu mengabaikan study pulak…. bla….. bla….bla…”


Saya bertanya kepada diri sendiri….

Stress? Tertekan? Hmm… ada la jugak especially masa nak dekat end of posting examination dan ditambah lagi buku log yang masih banyak belum terisi.

Perkara lain selain belajar?
Hmm… ada la jugak contohnya menulis blog, pelihara ikan (guppy, neon tetra, smakin, jelawat, MPKB, lapan, kap, black Oscar),pelihara udang, martial art, balik ke rumah, basuh
baju, basuh motor,….



Persoalannya, betulkah perkara-perkara tersebut mereleaskan tension? Hmm.. ada la jugak berkurang sedikit tekanan apabila:

1.Meluahkan apa yang terbuku di hati melalui penulisan di blog
2.Melihat ikan berenang-renang dalam akuarium.
3.Menendang sekuat hati semasa latihan silat
4.Melihat wajah mak dan ayah kat rumah.
5.Melihat baju yang akhirnya tersidai diampaian selepas seminggu diperap di dalam baldi.


Tekanan berkurang sedikit sahaja? Kenapa tidak hilang 100%? Apa puncanya? Adakah kerana ‘stress management’ yang kurang efekif?

Sesungguhnya Islam ada jawapannya.


Firman Allah, Maksudnya :

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”

(Ar-Ra’d :28)


Peliharalah ikan banyak mana pun, tendanglah sekuat mana pun, tapi kalau tidak berzikir mengingati Allah hati tidak akan tenteram. (berzikir pula mesti mengikut apa yang disyariatkan. Jangan sampai melakukan bid’ah idhafiyyah pulak.)

Hadith Nabi s.a.w. pula:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa akhirat menjadi niat dan tumpuannya, Allah s.w.t. meletakkan kekayaan dalam hatinya dan menyatukan urusan-urusannya yang berselerak dan dunia datang dengan tunduk kepadanya. Sesiapa yang dunia menjadi niat dan tumpuannya maka Allah s.w.t. meletakkan kefaqiran di antara kedua matanya dan meyelerakkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditentukan untuknya.

(al-Tirmizi)


Tepuk dada, tanya diri sendiri: Apakah niat aku belajar bidang perubatan?

AGM PSP

06 August 2008

Alhamdulillah, berakhir sudah tampuk pemerintahan kami sebagai HICOM & EXCO PSP sesi 07/08. AGM yang diadakan semalam telah memilih barisan kepimpinan baru yang diharapkan dapat menerajui PSP kearah kecemerlangan dan menaikkan nama USM.

Seperti tahun-tahun yang lepas, AGM kali ini juga dimulakan agak lewat dari masa yang dirancang. (bukan salah ajk AGM). Bila la agaknya masyarakat kita nak berubah supaya lebih menepati masa? Teringat perbualan Frodo dan Gandalf dalam cerita The Lord of The Ring:

Frodo: You're late.


Gandalf: A wizard is never late, Frodo Baggins. Nor is he early. He arrives precisely when he means to.

Tapi kita bukannya ahli sihir. Boleh sesuka hati men’teleport’kan diri ke mana sahaja. Jadi kena la cuba aturkan masa. Sikap lewat hadir ke mesyuarat bukan sahaja menyusahkan ahli lain yang datang awal malah sesuatu yang tidak adil kepada mereka. Mereka juga mempunyai urusan-urusan lain yang terpaksa ditinggalkan. Lebih menakutkan lagi, sikap negatif ini juga boleh menjadi wabak yang akan menjangkiti bukan sahaja ahli, malah exco atau HICOM yang lemah sistem ‘immune’. [penulis juga kadang-kadang dijangkiti oleh wabak tersebut]

Selain itu, kehadiran juga kurang memuaskan dan tidak seimbang dari segi taburan kaum. Kelihatannya pelajar Melayu lebih mendominasi. Kesannya, semua HICOM yang dilantik dalam AGM tersebut terdiri daripada pelajar Melayu dan tiada pencalonan daripada kaum lain. Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan PSP ialah persatuan untuk orang Melayu(Muslim) sahaja.


So, satu cabaran buat kepimpinan baru untuk mempengaruhi lebih ramai lagi ahli dari kaum Cina & India supaya melibatkan diri dalam kegiatan persatuan. En Zul, mewakili BHEPP dalam ucapannya menyebut:


...kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian goal organisasi.”
Mampukah kepimpinan baru mempengaruhi pelajar India dan Cina untuk bersama mereka dalam kegiatan persatuan? Tunggu dan lihat…

Jika dibandingkan AGM tahun-tahun yang lepas di mana ahli lebih cenderung menerima segala laporan yang dibentangkan tanpa banyak persoalan, AGM pada tahun ini menunjukkan sedikit perubahan apabila terdapat beberapa ahli yang ‘berkaliber’ bangkit menanyakan soalan demi soalan semasa sesi perbentangan laporan aktiviti dan kewangan. Ini menunjukkan masih ada ahli yang ‘cakna’ dengan apa yang telah dibuat oleh pihak persatuan sepanjang sesi 07/08.

Apapun, semoga persoalan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan, bukannya untuk melepaskan geram atau menjatuhkan kredibiliti HICOM dan EXCO-EXCO persatuan….. jangan sampai umpama meludah ke langit, kelak jatuh ke muka sendiri....

Kelesuan Subuh di masjid Murni…

02 August 2008


Sesi pengajian 08/09…. Ramai sahabat & adik2 seangkatan telah dipindahkan keluar dari desasiswa Murni. Ada yang dipindahkan ke Desa Nurani, desa UPPU [baca: ten-ten] dan ada juga yang menyewa rumah di luar kampus. Pemergian mereka sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada empayar Islamik yang terbina sekian lama di desa Murni lelaki…

Apa tidaknya, perginya imam-imam, bilal-bilal dan makmum-makmum ini telah menjadikan masjid Murni hilang serinya… perubahan yang ketara dapat dilihat semasa Subuh. Selain laungan azan yang jarang atau lewat kedengaran, kehadiran dibahagian muslimin agak menyedihkan… Imam + bilal +/-makmum tiga-empat orang… kadang-kadang hanya Imam + bilal atau imam merangkap bilal atau paling teruk, imam sendiri pun tak datang!… [bahagian Muslimat saya tak tengok, tapi Alhamdulillah, ada la jugak yang datang.]

Kata orang, yang sudah pergi tak perlu ditangisi… kita yang masih tinggal [saki baki ‘tentera-tentera’ di desa Murni] seharusnya meneruskan perjuangan, memikul tugas mengimarahkan Masjid Murni. Saya bersyukur mempunyai seorang sahabat (bilik aras satu) yang hampir setiap pagi datang ke bilik (aras tiga) semata-mata untuk kejut Subuh. Lebih mengharukan apabila perkhidmatan ‘miscall’ untuk kejut Subuh diberikan tanpa diminta & tanpa sebarang bayaran [mengalahkan Celcom]. Syukran ya akhi..

Sebagai renungan,
"Abu Zuhair (Umarah) bin Ruwaibah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang sembahyang Subuh sebelum terbit matahari dan sembahyang Asar sebelum terbenam matahari."
(HR
Muslim)
(yakni tepat pada waktunya)
"Dan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq dari dari sembahyang Subuh dan Isyak, dan andaikan mereka mengetahui pahalanya tentu mereka akan mendatanginya meskipun merangkak-rangkak."
(HR
Bukhari, Muslim)
Buka mata, lihatlah kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman.

Azam....

31 July 2008

Sudah lama saya tidak update blog ini. Akhirnya terbuka jugak hati ini untuk kembali menulis.

Begitu cepat masa berlalu. Kini saya sudah memasuki tahun akhir (final year), kehulu kehilir di sekitar hospital dengan white coat (beserta ‘gadget’2 clinical seperti-tukul, torch light, dll.) dan name tag yang tertera nama saya dan no 5 di sebelahnya.

Ada yang bertanya apa perasaan saya bergelar student final year?

Spontan saya menjawab, “Biasa je”.

Si penanya tersenyum sinis dan meragui, “ Ye ke?”

Saya kemudiannya berterus terang, “Ok la, sebenarnya ada la jugak rasa ‘gah’ [baca: proud] sebagai final year. Tapi tu dari segi title je la. Kalau knowledge, hampeh!”

Hampeh! Itulah perkataan yang saya pilih untuk men’describe’ tahap pemahaman saya dalam bidang perubatan jika dibandingkan dengan title final year yang saya pegang ini.

Walaupun telah bertahun mengikuti ‘teaching-learning approach’ yang menggunakan model ‘SPICES’ (Student-centered, Problem-based, Integrated, Community oriented, Elective and Systematic and Spiral) namun masalah sikap diri sendiri telah mensia-siakan pendekatan pembelajaran yang berkualiti ini.

Inilah akibatnya jika kurang serious & sambil lewa dalam menuntut ilmu. Mengamalkan sikap negatif sebegini sejak tahun pertama telah memberi kesan kumulatif di mana terlalu banyak perkara yang mesti di’cover’ apabila memasuki tahun 5. Huhu…

Walaupun demikian, bagi saya masih belum terlambat untuk kembali bangkit dan terus melangkah mempersiapkan diri menjadi ‘safe doctor’ beberapa bulan sahaja lagi. Usaha yang lebih perlu dilakukan bagi ‘membayar hutang-hutang’ [baca: perkara2 yang belum dibaca & difahami] yang tertunggak sejak tahun satu.

Saya juga ingin membantu PPSP mencapai salah satu objektif kualiti yang dinyatakan dalam ‘Quality Manual’ PPSP edisi kedua iaitu:

“To ensure at least 30% of successful students in the undergraduate professional examinations (I, II & III) obtain good grades (B and above)”

Ini adalah azam saya. Bagaimana pula rakan-rakan yang lain?

“The School of Medical Sciences aims to be a centre of excellence in academic in the country”
-Quality Manual School of Medical Sciences, 2nd edition.

Change! Berubahlah!

19 May 2008

Posting yg terakhir, orthopaedik, merupakan posting yg sangat bermakna buat saya. Selain ilmu perubatan yang diajar sepertimana posting-posting yang lain, posting ortho telah mengajar saya satu lagi elemen yang penting buat seorang pelajar perubatan iaitu SIKAP. Apa tidaknya, kali ini saya mendapat seorang supervisor yang sangat mementingkan elemen sikap & disiplin, Dr Liau.
Minggu pertama, saya & seorang lagi rakan di bawah pantauan Dr Liau telah diberi peringatan [baca: amaran] akan digagalkan jika tidak hadir tanpa sebab [baca: ponteng] ke klinik, ward round & OT lebih dari 2 kali. Mendengar peringatan tersebut saya mula mengambil serius berkenaan kehadiran ke klinik, ward round & OT.
Pada mulanya saya agak tertekan kerana tidak biasa dengan jadual yang padat lagi memenatkan dan 'terikat' dengan supervisor. Dengan perasaan terpaksa, saya akur dan bertahan. Namun, setelah beberapa minggu di bawah pantauan Dr Liau, perasaan terpaksa mulai hilang. Sikap beliau yang suka mengajar menyebabkan saya mula meminati posting orthopaedik ini. Saya mula menyedari betapa pentingnya memanfaatkan ward round, klinik & OT sebagai latihan & pendedahan awal menjadi seorang doktor.

Sayangnya kesedaran ini hadir setelah tahun 4 hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Namun, pesan seorang rakan melalui YM: 'InsyaAllah masih ada harapan..' memberi semangat baru kepada saya. Sikap yang negatif perlu dibuang jauh & perubahan positif perlu dilakukan. Baki tahun pengajian yang ada akan saya guna semaksima mungkin untuk mempersiapkan diri menjadi seorang 'safe doctor'... InsyaAllah.

Didikan

22 April 2008

Pernah suatu hari semasa makan malam, Abe Chik bertanya kepada seorang anak saudara yg berumur 6 tahun, “Padi dan beras yang mana satu lebih terdahulu?” Abe Chik merasa lucu melihat wajahnya terpinga-pinga cuba memahami pertanyaan itu. Namun sebentar kemudian dia menjawab: “Mana la Sofia tahu. Tu Allah yang buat. Dia turunkan hujan, lepas tu tumbuh la pokok padi.” Kali ini Abe Chik pula yang terpinga-pinga, tidak menjangkakan jawapan sedemikian akan keluar dari mulut seorang kanak-kanak berumur 6 tahun. Rupa-rupanya kanak-kanak sekecil itu sudah mengerti soal ketuhanan. Abe Chik pun bertanya pula tentang asal kejadian manusia. Kelihatan dia begitu ‘excited’ menceritakan kisah Nabi Adam kepada Abe Chik. Kemudian Abe Chik bertanya pula tentang Nabi-nabi yang lain. Perbualan kami pada malam itu berakhir dengan nasyid tentang 25 rasul. Sepanjang perbualan tersebut dia kelihatan sangat gembira seolah-olah mendapat sesuatu yang sangat bernilai (perhatian dari seorang bapa saudara kot…).

Peristiwa tersebut membuatkan Abe Chik berfikir, sebilangan besar kanak-kanak muslim di Malaysia telah dididik sejak kecil untuk mengenal Allah, tuhan pencipta alam. Mereka juga dididik tentang malaikat, kitab, nabi dan hari akhirat. Belajar membaca Al-Quran (muqaddam, Iqra’…) dan mengaji sehingga khatam juga merupakan satu kemestian. Namun, semua ini tidak dijadikan sebagai satu proses didikan yang berterusan seiring dengan pembesaran mereka.

Apabila meningkat dewasa, unsur-unsur didikan keagamaan ini semakin berkurangan dan diabaikan. Apa yang bertambah ialah didikan (samada secara langsung atau tidak langsung) yang bukan sahaja tidak Islamik(komik, anime, video game, movie …….), malah bertentangan dengan ajaran Islam(pergaulan bebas, dedah aurat, pornografi, Islam liberal, hedonism,………….) . Tidak hairanlah jika kanak-kanak yang suatu masa dahulu begitu ‘excited’ untuk berbicara tentang Islam, mengaji Al-Quran sepipi sehari, dan membaca doa setiap kali sebelum makan, kini apabila dewasa bergelumang dengan dosa dan maksiat lantaran perubahan negative dalam arus didikan yang mendominasi kehidupan ummat akhir zaman……..

Sesuatu harus dilakukan untuk menjadikan didikan Islam kembali mendominasi …..

Buka mata, cari kebenaran.
Tepuk dada, Tanya iman.

Dua kemungkinan

17 April 2008

Seorang kawan pernah berkata dalam tazkirahnya, “Dua kemungkinan yang berlaku kepada pelajar bidang perubatan: pertama, semakin dekat kepada Allah atau kedua, semakin jauh dari mengingati Allah.”
Kemungkinan pertama: semakin dekat kepada Allah
Antara cabaran dalam pengajian bidang perubatan ialah terlalu banyak yang perlu dibaca, difahami dan diingat. Apa yang dibaca, tak semua difahami. Apa yang dah difahami pun, tak semua dingat. Apa yang dah diingat pun, tak semua dapat dijawab dengan baik apabila ditanya oleh pensyarah. Menyedari cabaran ini, pelajar merasakan perlunya menjadikan Allah sebagai tempat mengharap dan memohon pertolongan. Mereka menjaga hubungan baik dengan Allah. Memperbanyakkan zikir dan munajat kepadaNya. Menadah tangan berdoa (bukan ‘membaca doa’, tapi ‘berdoa’) memohon pertolonganNya.

Pada masa sama, mereka tetap berusaha semaksimum yang boleh untuk menimba ilmu dan mengulangkaij pelajaran. Ilmu yang dipelajari dan pengalaman di wad, klinik atau A&E pula, menjadikan mereka ummat yang berfikir. Berfikir tentang tanda-tanda kebijaksanaan, kebesaran dan kekuasaan Allah menjadikan manusia.
“dan pada dirimu sendiri, tidakkah kamu perhatikan.”
(Az-Zariat:21)
Anatomi, biochemistry, dan physiology manusia mengandungi tanda-tanda kebijaksanaan Allah. Buka mata, lihatlah kebenaran……
Kemungkinan kedua: semakin jauh dari Allah
Mereka berhadapan dengan cabaran yang sama iaitu terlalu banyak yang perlu dibaca, difahami dan diingat. Apa yang dibaca, tak semua difahami. Apa yang dah difahami pun, tak semua dingat. Apa yang dah diingat pun, tak semua dapat dijawab dengan baik apabila ditanya oleh pensyarah. Namun, cabaran ini menjadikan mereka terlampau ghairah menimba ilmu sehingga lupa Allah sebagai tempat mengharap dan memohon pertolongan. Solat 5 waktu terutama Subuh seringkali terabai (kerana mengulangkaji sampai pagi), Al-Quran semakin jarang dibaca dan doa semakin lupa diamalkan..... Boleh jadi cabaran tersebut menyebabkan mereka tertekan(stress) dan menjadikan hiburan duniawi sebagai penghilang tekanan. Dalam terkapai-kapai mencari ketenangan, mereka lemas dalam dunia hedonism dan semakin hanyut jauh dari mengngati Allah……….

Mind setting

14 April 2008

Baru-baru ini Abe Chik telah diajak oleh seorang kawan menjadi fasilitator program untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan. Dalam program tu Abe Chik diberi satu slot untuk berkongsi pengalaman dengan peserta. Slot selama 15 minit tersebut Abe Chik gunakan dengan sebaiknya untuk membentangkan satu tajuk yang banyak merubah cara berfikir Abe Chik, iaitu ‘mind setting’. Kali terakhir bentangkan tajuk ni ialah semasa tingkatan 5 dahulu. Masa tu Abe Chik bentangkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah Abe Chik.

Mind setting ialah proses minda yang menetapkan bagaimana kita menilai sesuatu perkara dan mempengaruhi reaksi kita terhadap perkara tersebut. Proses ini biasanya berlaku secara spontan tanpa disedari. Namun minda kita boleh dilatih untuk mengawal proses ini. Misalnya apabila belajar dalam bilik yang panas, secara spontan minda kita menilai kepanasan itu sebagai sesuatu yang tidak menyelesakan (negatife). Sebagai reaksi, selain badan kita berpeluh, minda tidak dapat berfungsi secara optimum dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menggunakan mind setting, minda boleh dilatih untuk menilai suasana kepanasan tersebut sebagai suasana yang dingin dan menyelesakan(positif)! Kesannya, minda akan dapat berfungsi secara optimum tanpa tanpa dipengaruhi oleh suasana panas.

Dalam konteks motivasi, kita boleh menggunakan ‘mind setting’ untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kita mampu melakukan sesuatu.

Pertama kali menggunakan kaedah mind setting ini semasa berumur 9 tahun. Masa tu Abe Chik terpilih mewakili sekolah ke pertandingan pidato. Satu perkara yang normal, apabila pertama kali bercakap dihadapan audience yang ramai, perasaan gementar tidak dapat dielakkan. Namun, salah seorang abang Abe Chik mengajar satu tips yang amat berguna buat berhadapan situasi tersebut. Katanya kepada Abe Chik,

‘Anggaplah semua yang ada dihadapan tidak tahu apa-apa. Hanya adik sahaja yang tahu pasal tajuk tu’

Maka Abe Chik pun menetapkan minda (mind setting) Abe Chik bahawa semua audience yang ada dihadapan (termasuk juri dan penjaga masa yang semestinya jauh lebih tua dari Abe Chik), tidak tahu apa-apa. Hanya Abe Chik (masa tu berumur 9 tahun) yang paling tahu akan tajuk pidato tersebut.

Kesan daripada ‘mind setting’ tersebut, Abe Chik menjadi lebih yakin, berani dan bersedia untuk berhadapan dengan audience yang memenuhi dewan tersebut walaupun itulah pengalaman pertama bercakap di khalayak ramai. (PERINGATAN: tips ‘mind setting’ pengucapan awam di atas hanya sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Tidak sesuai untuk yang sudah dewasa kerana dibimbangi timbul perasaan riyak, ujub dan takabur. Mana boleh anggap kita sahaja yang tahu serba-serbi dan orang lain tidak tahu apa-apa!)

Selain berhadapan dengan pengalaman baru, ‘mind setting’ juga boleh diaplikasikan semasa menghadapi pelbagai situasi seperti tekanan, kesakitan, ketakutan, kegagalan dan kritikan.

Pakatan

03 April 2008

Pakatan akan terbentuk apabila setiap individu atau komponen dalam pakatan mempunyai titik persamaan dan saling memerlukan. Boleh jadi titik persamaan tersebut merupakan matlamat atau agenda yang sama, berhadapan dengan musuh yang sama, masalah yang sama atau cabaran yang sama.

Pakatan madu
Di Kuala Terengganu baru-baru ini, dua wanita bermadu membuat pakatan untuk menuntut fasakh apabila mereka menghadapi masalah yang sama iaitu suami yang mereka dakwa tidak memberi nafkah zahir antara enam hingga 11 bulan, tiada lagi persefahaman dengannya, tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga serta gagal menunaikan tuntutan syarak iaitu solat dan puasa. Bagaimanapun pakatan tersebut diketahui oleh si suami apabila menerima surat daripada peguam kedua-dua isterinya. Si suami kemudiannya memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah untuk melafazkan cerai serta-merta tanpa melalui perbicaraan yang biasanya dilakukan berdasarkan tuntutan fasakh.
“Jika itu yang mereka mahukan, saya akan tunai dan permudahkan tuntutan mereka kerana banyak perkara boleh dielakkan seperti pembaziran wang dan masa jika tuntutan (fasakh) mereka tidak ditukar (kepada perceraian),” kata si suami kepada wartawan.

Hakim Mahkamah, Wan Abdul Malik Wan Sidek berkata, kes perceraian itu mencatat sejarah mahkamah kerana beliau sendiri tidak pernah mendengar ada suami menceraikan dua isteri serentak pada hari yang sama.

Pakatan rakyat
Baru-baru ini juga, tiga parti pembangkang utama PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat apabila mempunyai agenda dan matlamat yang sama iaitu menjaga kepentingan rakyat. Komponen dalam Pakatan Rakyat juga mempunyai titik persamaan yang sama iaitu anti kronisme, anti perkauman, anti penindasan dan anti penyelewengan.

"Pengalaman lepas akan banyak mengajar kita. Bagaimanapun ini tidak bermakna kita menggadaikan prinsip perjuangan kerana pakatan ini kita wujudkan secara bekerjasama untuk menentang penyelewengan dan seumpamanya"
- Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan penubuhan Pakatan Rakyat adalah suatu peritiwa penting dalam sejarah politik Malaysia lebih-lebih lagi ia memberi satu ruang untuk kewujudan sistem dua parti


Pakatan ummat Islam
Baru-baru ini juga, ummat Islam seluruh dunia diseru supaya menyertai pakatan untuk menangani isu klip video ‘Fitna’ terbitan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang bertujuan menghina Islam dan mencaci Al-Quran. Ummat Islam seluruh dunia mempunyai matlamat yang sama iaitu menunjukkan protes besar-besaran, memberikan pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyangkal tuduhan biadap yang dilemparkan kepada Islam.
Dalam hal ini, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menyarankan beberapa perkara:
1).Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.
2) Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.
3) Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.
4) Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.
5)Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam.

Dalam melaksanakan saranan tersebut setiap individu muslim seharusnya mengambil posisinya masing-masing. Para ilmuan dan pendakwah Islam misalnya seharusnya bangkit menyahut seruan mufti Perak untuk menjelaskan kekeliruan berhubung filem pendek tersebut.

"Hakikatnya, Geert Wilders itu adalah pihak yang menabur fitnah bukannya Islam yang menjadi fitnah.
"Justeru, para ilmuan dan pendakwah Islam hendaklah berganding bahu bagi menjelaskan fitnah yang cuba dipalitkan kepada kesucian Islam,"
-Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria
Bagi yang mempunyai ‘kuasa menjual’ pula seharusnya mencontohi tindakan pasar raya Mydin yang memboikot barangan Belanda dengan mempamerkan label merah memaklumkan tentang produk-produk keluaran syarikat berasal dari Belanda.

‘‘Ia langkah yang bagus. Ini tindakan tepat. Mydin berani memboikot dan kita mahu pengguna turut menyokong langkah ini.
‘‘Kita lihat sendiri keberanian sebuah pasar raya besar mengambil risiko memboikot barangan jualannya. Kita mahu tindakan ini turut diikut pasar raya lain,”
-Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin

Bagi yang mempunyai ‘kuasa membeli’, mereka juga harus mengambil bahagian. Mereka sebagai pengguna memainkan peranan besar memastikan sesuatu barang diboikot atau tidak.

‘‘Kalau pasar raya boikot tetapi pengguna sendiri terus beli. Tidak ada gunanya,’’
-Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman
Bagi yang tidak mahu boikot barangan keluaran negara tersebut kerana takut menzalimi ummat Islam di sana, masih ada peluang mereka untuk menyertai pakatan ini. Sahutlah saranan Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang ke lima iaitu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam.

Berdiri teguh

27 March 2008

Apabila sesuatu keputusan tidak selari dengan pilihan diri, akan ada yang bangkit menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dibelakang pilihan mereka….

Apabila BN tidak dipilih sebagai pemerintah di 5 negeri….

"Saya akan panggil segera semua anggota Parlimen dan DUN seberapa segera. Kami semua tetap menyokong dan berdiri teguh di hadapan di kiri dan kanan Presiden parti,"

-Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob

“Pemuda UMNO Kelantan tetap berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan timbalannya untuk bersama-sama meneliti permasalahan dan mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN)."

–Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dali Hussin

Apabila Rafidah tidak dipilih menganggotai Kabinet……

“Bagi pihak ahli exco yang lain, saya nak katakan dengan jelas dan nyata bahawa kami kesemua ahli exco dan wanita UMNO berdiri teguh bersama-sama Datuk Seri Rafidah untuk menentukan bahawa semangat Wanita tidak luntur”

-Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
"Jangan pula ada artikel yang nak tulis macam-macam, apa yang ingin saya tegaskan ialah kami berdiri teguh di belakang Datuk Seri Rafidah,”

-Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Apabila Idris tidak dipilih sebagai Menteri Besar Terengganu…..

23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih”

- ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid

(JUMAAT, 28 Mac-Akhirnya mereka terpaksa terima keputusan MPPR. Adakah mereka akan letak jawatan seperti yang dinyatakan Datuk Rosol? Tunggu dan lihat…)

Namun, apabila syariat Islam tidak pilih sebagai undang-undang yg tertinggi……

Siapakah yang bangkit dan menyatakan mereka tetap menyokong dan berdiri teguh di hadapan di kiri dan kanan barisan perjuangan Islam? (ubahsuai ayat MB Pahang)

Siapakah yang tetap berdiri teguh bersama-sama meneliti permasalahan dan mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem Islam? (ayat Ketua Pemuda UMNO Kelantan)

Siapa yang nak katakan dengan jelas dan nyata bahawa dia berdiri teguh bersama-sama pejuang Islam yang lain untuk menentukan bahawa semangat perjuangan Islam tidak luntur? (ubah skit ayat Shahrizat)

Siapakah yang berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan ulama dan berkata:

‘‘Mana-mana syariat selain Islam, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup hilang jawatan asalkan Islam dipilih” (kalau Datuk Rosol cakap macam ni kan lagi bagus?)

Buka mata, cari kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman…….

Climate of fear

23 March 2008

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa UMNO kini dipenjarakan oleh suasana takut kepada pemimpin (climate of fear). Sebab itulah, ketika beliau menggesa Abdullah meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, tiada seorangpun anggota Umno yang berani menyokongnya secara terang-terangan walaupun terdapat ramai anggota Umno yang beliau jumpa tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu.

"Pemimpin Umno masih lagi kata, 'Kami sokong kepimpinan'," kata bekas Presiden Umno itu ketika menekankan ‘climate of fear’ yang berlaku dalam UMNO..

Keadaan itu berlaku, katanya, kerana rasa takut untuk menyuarakan pendapat di kalangan anggota parti amat amat jelas.

Kenapa ini berlaku?

Mengikut istilah perubatan,….
“Fear is a response to a known, external, definite, nonconflictual threat.”

Maknanya perasaan takut ialah suatu reaksi emosi kepada ancaman luaran yang diketahui, jelas dan tidak diragui.

Jadi, apakah ‘a known, external, definite, nonconflictual threat’ yang menyebabkan ‘climate of fear’ yang berlaku dalam UMNO?

Lihatlah apa yang dihadapi oleh pemimpin UMNO apabila mereka berani bersuara:
1) Datuk Seri Rafidah Aziz digugurkan daripada barisan kabinet.apabila beliau:
a. Membantah rancangan Abdullah untuk melantik menantunya sebagai anggota kabinet semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu.
b. Menghantar surat setebal 16 halaman kepada Abdullah selepas kekalahan BN. Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno di Semenanjung.
2) Exco Pemuda UMNO, Mukhriz Mahathir di kecam hebat oleh Umno Pulau Pinang dan UMNO Selangor apabila beliau menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu. "Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.

Patutlah tidak ramai yang berani bersuara menegur kepimpinan parti kerana kelak padahnya akan menimpa diri sendiri. Niat baik untuk membaiki kesilapan pimpinan dibalas dengan sindiran, kutukan dan cemuhan. Kalau tak bernasib baik, jawatan pun hilang…..

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” kata Abdullah dalam ucapannya di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana.

Sekiranya ramai penyokong-penyokong BN mencontohi apa yang diucapnya iaitu tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T sudah tentu lebih ramai lagi yang akan mendesaknya meletakkan jawatan!

Namun, ‘climate of fear’ ini hanya berlaku dalam parti. Apabila melibatkan pihak di luar parti mereka, berani pula mereka bersuara dan menunjukkan bantahan walau kepada Sultan sekalipun sebagaimana tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) berkenaan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

Dah la takut tidak bertempat, berani pun tidak bertempat!

Happiness...

19 March 2008

if you want happiness for an hour, take a nap






if you want happiness for a day, go for a picnic






if you want happiness for a week, go on a vacation




if you want happiness for a month, get married






if you want happiness for a year, inherit wealth




if you want happiness for a lifetime, learn to love what you do.