Didikan

22 April 2008

Pernah suatu hari semasa makan malam, Abe Chik bertanya kepada seorang anak saudara yg berumur 6 tahun, “Padi dan beras yang mana satu lebih terdahulu?” Abe Chik merasa lucu melihat wajahnya terpinga-pinga cuba memahami pertanyaan itu. Namun sebentar kemudian dia menjawab: “Mana la Sofia tahu. Tu Allah yang buat. Dia turunkan hujan, lepas tu tumbuh la pokok padi.” Kali ini Abe Chik pula yang terpinga-pinga, tidak menjangkakan jawapan sedemikian akan keluar dari mulut seorang kanak-kanak berumur 6 tahun. Rupa-rupanya kanak-kanak sekecil itu sudah mengerti soal ketuhanan. Abe Chik pun bertanya pula tentang asal kejadian manusia. Kelihatan dia begitu ‘excited’ menceritakan kisah Nabi Adam kepada Abe Chik. Kemudian Abe Chik bertanya pula tentang Nabi-nabi yang lain. Perbualan kami pada malam itu berakhir dengan nasyid tentang 25 rasul. Sepanjang perbualan tersebut dia kelihatan sangat gembira seolah-olah mendapat sesuatu yang sangat bernilai (perhatian dari seorang bapa saudara kot…).

Peristiwa tersebut membuatkan Abe Chik berfikir, sebilangan besar kanak-kanak muslim di Malaysia telah dididik sejak kecil untuk mengenal Allah, tuhan pencipta alam. Mereka juga dididik tentang malaikat, kitab, nabi dan hari akhirat. Belajar membaca Al-Quran (muqaddam, Iqra’…) dan mengaji sehingga khatam juga merupakan satu kemestian. Namun, semua ini tidak dijadikan sebagai satu proses didikan yang berterusan seiring dengan pembesaran mereka.

Apabila meningkat dewasa, unsur-unsur didikan keagamaan ini semakin berkurangan dan diabaikan. Apa yang bertambah ialah didikan (samada secara langsung atau tidak langsung) yang bukan sahaja tidak Islamik(komik, anime, video game, movie …….), malah bertentangan dengan ajaran Islam(pergaulan bebas, dedah aurat, pornografi, Islam liberal, hedonism,………….) . Tidak hairanlah jika kanak-kanak yang suatu masa dahulu begitu ‘excited’ untuk berbicara tentang Islam, mengaji Al-Quran sepipi sehari, dan membaca doa setiap kali sebelum makan, kini apabila dewasa bergelumang dengan dosa dan maksiat lantaran perubahan negative dalam arus didikan yang mendominasi kehidupan ummat akhir zaman……..

Sesuatu harus dilakukan untuk menjadikan didikan Islam kembali mendominasi …..

Buka mata, cari kebenaran.
Tepuk dada, Tanya iman.

3 comments:

As said...

abe chik, teruskan menulis eh. Moga bermanfaat :)

Abe Chik said...

insyaAllah..

Anonymous said...

artikel yg menarik.sebenarnya pada pendapat saya, xkira sama ada seseorang dididik dari kecik atau x kerana bila seorang manusia yg berakal waras apabila diberi dua pilihan yg bertentangan (baik dan buruk) pasti memilih yg lebih baik atau lebih benar.masalah nya sekarang mgkn mereka2 ini termasuk diri saya sendiri, walaupun sudah tahu benda tersebut tidak baik dan bertentangan dgn akal yg sihat, masih tetap melakukannya.ataupn tidak berfikir dahulu sama ada perbuatan tersebut ialah buruk,hanya ikut org dan hawa nafsu shj.seperti org2 berkata 'kami hanya mengikut agama bapak2 kami'.
lagi satu,klu seseorg yg blaja ttg islam dari ulama islam,dia dpt mengukuhkan keyakinan ttg islam.kemudian dia blaja pulak agama kristian dari paderi2 kristian yg mahir,sebenarnya ini pn turut akan mengukuhkan keyakinan ttg islam.sebab ini merupakan faktor menarik dan menolak.sama seperti seorg yg blaja islam kemudian didedahkan ttg budaya bebas.hal ini menjelaskan lg bgnya mengapa islam melarang perkara tersebut.tp kebanyakan manusia terikut2 kn hawa nafsu walaupn tahu perkara tersebut salah.
sekian.terima kasih.