Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts
Showing posts with label Malaysiaku. Show all posts

Minds...

10 August 2008


Great minds discuss ideas


"Agenda reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan harapan baru untuk Malaysia sudah semakin dekat"





-Anwar Ibrahim




Average minds discuss events

"Saya sudah cakap dari awal lagi, kedua-duanya (pilihan raya dan kes liwat) adalah isu yang berasingan," katanya pada satu sidang akhbar.






Small minds discuss people
"Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, ingin saya tegaskan di sini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini."

....

How about your mind?


..........?

Berdiri teguh

27 March 2008

Apabila sesuatu keputusan tidak selari dengan pilihan diri, akan ada yang bangkit menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dibelakang pilihan mereka….

Apabila BN tidak dipilih sebagai pemerintah di 5 negeri….

"Saya akan panggil segera semua anggota Parlimen dan DUN seberapa segera. Kami semua tetap menyokong dan berdiri teguh di hadapan di kiri dan kanan Presiden parti,"

-Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob

“Pemuda UMNO Kelantan tetap berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan timbalannya untuk bersama-sama meneliti permasalahan dan mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN)."

–Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dali Hussin

Apabila Rafidah tidak dipilih menganggotai Kabinet……

“Bagi pihak ahli exco yang lain, saya nak katakan dengan jelas dan nyata bahawa kami kesemua ahli exco dan wanita UMNO berdiri teguh bersama-sama Datuk Seri Rafidah untuk menentukan bahawa semangat Wanita tidak luntur”

-Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
"Jangan pula ada artikel yang nak tulis macam-macam, apa yang ingin saya tegaskan ialah kami berdiri teguh di belakang Datuk Seri Rafidah,”

-Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Apabila Idris tidak dipilih sebagai Menteri Besar Terengganu…..

23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih”

- ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid

(JUMAAT, 28 Mac-Akhirnya mereka terpaksa terima keputusan MPPR. Adakah mereka akan letak jawatan seperti yang dinyatakan Datuk Rosol? Tunggu dan lihat…)

Namun, apabila syariat Islam tidak pilih sebagai undang-undang yg tertinggi……

Siapakah yang bangkit dan menyatakan mereka tetap menyokong dan berdiri teguh di hadapan di kiri dan kanan barisan perjuangan Islam? (ubahsuai ayat MB Pahang)

Siapakah yang tetap berdiri teguh bersama-sama meneliti permasalahan dan mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem Islam? (ayat Ketua Pemuda UMNO Kelantan)

Siapa yang nak katakan dengan jelas dan nyata bahawa dia berdiri teguh bersama-sama pejuang Islam yang lain untuk menentukan bahawa semangat perjuangan Islam tidak luntur? (ubah skit ayat Shahrizat)

Siapakah yang berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan ulama dan berkata:

‘‘Mana-mana syariat selain Islam, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup hilang jawatan asalkan Islam dipilih” (kalau Datuk Rosol cakap macam ni kan lagi bagus?)

Buka mata, cari kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman…….

Climate of fear

23 March 2008

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa UMNO kini dipenjarakan oleh suasana takut kepada pemimpin (climate of fear). Sebab itulah, ketika beliau menggesa Abdullah meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, tiada seorangpun anggota Umno yang berani menyokongnya secara terang-terangan walaupun terdapat ramai anggota Umno yang beliau jumpa tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu.

"Pemimpin Umno masih lagi kata, 'Kami sokong kepimpinan'," kata bekas Presiden Umno itu ketika menekankan ‘climate of fear’ yang berlaku dalam UMNO..

Keadaan itu berlaku, katanya, kerana rasa takut untuk menyuarakan pendapat di kalangan anggota parti amat amat jelas.

Kenapa ini berlaku?

Mengikut istilah perubatan,….
“Fear is a response to a known, external, definite, nonconflictual threat.”

Maknanya perasaan takut ialah suatu reaksi emosi kepada ancaman luaran yang diketahui, jelas dan tidak diragui.

Jadi, apakah ‘a known, external, definite, nonconflictual threat’ yang menyebabkan ‘climate of fear’ yang berlaku dalam UMNO?

Lihatlah apa yang dihadapi oleh pemimpin UMNO apabila mereka berani bersuara:
1) Datuk Seri Rafidah Aziz digugurkan daripada barisan kabinet.apabila beliau:
a. Membantah rancangan Abdullah untuk melantik menantunya sebagai anggota kabinet semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu.
b. Menghantar surat setebal 16 halaman kepada Abdullah selepas kekalahan BN. Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno di Semenanjung.
2) Exco Pemuda UMNO, Mukhriz Mahathir di kecam hebat oleh Umno Pulau Pinang dan UMNO Selangor apabila beliau menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu. "Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.

Patutlah tidak ramai yang berani bersuara menegur kepimpinan parti kerana kelak padahnya akan menimpa diri sendiri. Niat baik untuk membaiki kesilapan pimpinan dibalas dengan sindiran, kutukan dan cemuhan. Kalau tak bernasib baik, jawatan pun hilang…..

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” kata Abdullah dalam ucapannya di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana.

Sekiranya ramai penyokong-penyokong BN mencontohi apa yang diucapnya iaitu tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T sudah tentu lebih ramai lagi yang akan mendesaknya meletakkan jawatan!

Namun, ‘climate of fear’ ini hanya berlaku dalam parti. Apabila melibatkan pihak di luar parti mereka, berani pula mereka bersuara dan menunjukkan bantahan walau kepada Sultan sekalipun sebagaimana tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) berkenaan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

Dah la takut tidak bertempat, berani pun tidak bertempat!

Siapa juara demokrasi?

09 March 2008

Kemenangan besar pembangkang sememangnya tidak dijangka. 'Tsunami' yang melanda 'gelombang biru' sehingga merampas negeri Kedah, P Pinang, Selangor dan Perak memberi kejutan besar kepada 'gelombang biru' yang mendakwa mereka adalah juara demokrasi.
Bagi Abe Chik, mereka memang juara demokrasi, tetapi juara demokrasi yang penakut!
Apa tidaknya,
1) Mereka takut akan kritikan. kebebasan media tidak diberikan sepenuhnya kepada pihak lawan. Boleh jadi ramai rakyat Malaysia menyokong mereka bukan semata kerana kemajuan yang dijanjikan, tetapi kerana kekurangan maklumat atau informasi tentang wajah sebenar mereka.

2) Mereka takut hilang kuasa. Pihak polis, institusi kehakiman, dan SPR dimanipulasikan sepenuhnya untuk kepentingan mereka. mungkin ada antara mereka yang terlibat berada dalam keadaan serba-salah dimanipulasikan sedemikian rupa, tetapi masing-masing ingin mejaga 'periuk nasi' dan tak rela melihat anak-anak kelaparan gara-gara dibuang kerja jika ingkar arahan pihak atasan.

3) Mereka takut akan suara mahasiswa. Maka mereka menakut-nakutkan mahasiswa dengan AUKU sehingga menjadikan sebilangan besar mahasiswa sekarang sudah tidak peduli akan isu-isu hak asasi dan penyelewengan dalam negara. Kalau bersuara nanti dipotong biasiswa, diblack list, dipanggil ke HEP, dibuang kolej, digantung pengajian, dan ln2. Maka lahirlah mahasiswa(pelajar) yang hanya berjuang untuk segulung ijazah semata-mata..... Mahasiswa sudah hilang taringnya.... (Abe Chik bukan mahasiswa, Abe Chik 'pelajar')
Mungkin negara kita aman kerana rakyat dan mahasiswa sudah tidak peduli walaupun penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kroni, dan bermacam lagi berlaku terang-terangan. Apa yang penting, duit gaji masuk setiap bulan, biasiswa dapat setiap semester, dan periuk nasi terjamin..... fikir-fikirkanlah.....

Keputusan PRU12


Berikut adalah senarai terakhir keputusan bagi jumlah kerusi di kawasan Parlimen dan Dun setiap negeri berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Parlimen
BN : 140
BA : 82 - (PAS-23), (KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222

Dewan Undangan Negeri (Dun) jumlah kerusi
*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), DAP (1), KeADILan (4), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terengganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau Pinang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18 KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2), Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10), KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56
*Selangor : BN (20), PAS (8) DAP (13), KeADILan(15) = 56

pilihanraya dan penipuan...

07 March 2008


‘‘Ini bukan kali kedua atau ketiga kita terlibat dalam pilihan raya tetapi dah masuk 12 kali. Kemenangan kita dalam pilihan raya adalah berdasarkan kepada kerja kuat, kepercayaan rakyat dan bukan kerana kita menipu,’’
-Pak Lah

kerja kuat mereka:

1.kempen media yg berat sebelah, seolah-olah hanya BN yang bertanding.

2.memberi kad pengenalan kepada rakyat Thai dan Indon untuk menjadi pengundi hantu di Kelantan

3.menafikan (menyembunyikan dari pengetahuan rakyat) pembaharuan yg dibuat PAS di kelantan, dan mengungkit "kegagalan" kerajaan PAS Terengganu 1999-2004.

4.memporak-peranda dan merosakkan sistem pilihanraya di Malaysia.
seorang boleh mengundi di dua tempat berlainan. (sebab tu la diorang tak nak guna indelible ink. MAFREL pun tariik diri drp menjadi pemerhati bebas PRU12 ni sbb tak stuju ngan pembatalan penggunaan dakwat tu. RM2juta dibazirkan....) ini menimbulkan kemarahan rakyat terhadap SPR, iaitu satu institusi yang seharusnya melaksanakan amanah untuk menentukan masa depan negara, tetapi api kemarahan sebenar seharuslah ditujukan kepada BN kerana parti inilah yang menjadi petualang sebenar!!!

5.memburukkan pemimpin PAS dengan menyiarkan separuh sahaja ucapan mereka. kalau disiarkan ucapan penuh, tentu ramai yang setuju ngan ucapan pemimpin PAS tersebut.

“Penipuan adalah satu beban kepada negara. Pengkhianatan adalah satu beban kepada masyarakat Malaysia seluruhnya kerana kerajaan yang naik dengan penipuan adalah sebuah kerajaan yang akan menggunakan kuasanya untuk menipu.”
-Husam Musa


“Apakah perlu untuk kita merosakkan sistem negara kita untuk selama-lamanya semata-mata untuk menang?”
-Husam Musa referring to UMNO/BN.