Climate of fear

23 March 2008

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa UMNO kini dipenjarakan oleh suasana takut kepada pemimpin (climate of fear). Sebab itulah, ketika beliau menggesa Abdullah meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, tiada seorangpun anggota Umno yang berani menyokongnya secara terang-terangan walaupun terdapat ramai anggota Umno yang beliau jumpa tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu.

"Pemimpin Umno masih lagi kata, 'Kami sokong kepimpinan'," kata bekas Presiden Umno itu ketika menekankan ‘climate of fear’ yang berlaku dalam UMNO..

Keadaan itu berlaku, katanya, kerana rasa takut untuk menyuarakan pendapat di kalangan anggota parti amat amat jelas.

Kenapa ini berlaku?

Mengikut istilah perubatan,….
“Fear is a response to a known, external, definite, nonconflictual threat.”

Maknanya perasaan takut ialah suatu reaksi emosi kepada ancaman luaran yang diketahui, jelas dan tidak diragui.

Jadi, apakah ‘a known, external, definite, nonconflictual threat’ yang menyebabkan ‘climate of fear’ yang berlaku dalam UMNO?

Lihatlah apa yang dihadapi oleh pemimpin UMNO apabila mereka berani bersuara:
1) Datuk Seri Rafidah Aziz digugurkan daripada barisan kabinet.apabila beliau:
a. Membantah rancangan Abdullah untuk melantik menantunya sebagai anggota kabinet semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu.
b. Menghantar surat setebal 16 halaman kepada Abdullah selepas kekalahan BN. Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno di Semenanjung.
2) Exco Pemuda UMNO, Mukhriz Mahathir di kecam hebat oleh Umno Pulau Pinang dan UMNO Selangor apabila beliau menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu. "Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.

Patutlah tidak ramai yang berani bersuara menegur kepimpinan parti kerana kelak padahnya akan menimpa diri sendiri. Niat baik untuk membaiki kesilapan pimpinan dibalas dengan sindiran, kutukan dan cemuhan. Kalau tak bernasib baik, jawatan pun hilang…..

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” kata Abdullah dalam ucapannya di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana.

Sekiranya ramai penyokong-penyokong BN mencontohi apa yang diucapnya iaitu tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T sudah tentu lebih ramai lagi yang akan mendesaknya meletakkan jawatan!

Namun, ‘climate of fear’ ini hanya berlaku dalam parti. Apabila melibatkan pihak di luar parti mereka, berani pula mereka bersuara dan menunjukkan bantahan walau kepada Sultan sekalipun sebagaimana tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) berkenaan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

Dah la takut tidak bertempat, berani pun tidak bertempat!

0 comments: