Perkara penting yang membosankan.

17 October 2008


Suatu hari, semasa minggu ke tiga posting medical. Saya dan rakan-rakan kumpulan 7 yang lain menghadiri tutorial BECS(Bioethics & Communication Skill).

Pengajaran BECS kepada pelajar ‘undergraduate’ USM yang mula diperkenalkan sejak tahun 2000 mempunyai tujuannya yang tersendiri.
“It re-emphasises the importance of ethical and professional behaviour as well as effective communication skills when dealing with patients, families and communities as well as government agencies and NGOs.”
-Artikel ‘Curricular Trends in Malaysian Medical Schools: Innovations Within’

Pandangan saya tentang kelas bioethics: membosankan tapi penting.
Membosankan kerana membincangkan perkara yang sama setiap kali kelas BECS (cth: breaking bad news, inform consent, confidentiality, empathy, dll..). Namun penting kerana tujuan pengajarannya yang murni.

Membincangkan perkara yang sama

Manusia akan bosan apabila mendengar perkara yang sama berulang kali. Lebih-lebih lagi apabila method penyampaian yang digunakan juga sama dan daripada orang yang sama. Lihat sahaja apa yang berlaku semasa kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Apa kata orang kampung:

“ tak dok modal lain ko?”

“dok paka jugok taktik hok tulo(sama)…oghe tok cayo doh!”

“bo la… ambo tok sir dengar doh.. tau doh cito sbenar…”

Walaupun demikian, kadang-kadang perkara yang sama (walaupun membosankan) mesti diulang-ulang perbincangannya supaya kita sentiasa beringat dan tidak lupa. Seorang senior BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) semasa zaman sekolah dahulu pernah berkata (menjawab sindiran segelintir pihak terhadap tazkirah di surau yang mengulang isu atau topik yang sama):
“ dah nama tazkirah… memang la dok ulang sebut perkara yang sama. Tazkirah ni kan peringatan.. benda yang kita dah tau, tapi diulang-ulang supaya kita ingat dan tidak lupa…”
Begitu juga halnya dengan soal pengajaran bioethics. Perlu diulang-ulang (dengan kekerapan yang berpatutan) supaya 'final produk' yang bakal dihasilkan oleh universiti kelak merupakan doktor yang beretika dan professional, bukannya robot yang diprogramkan hanya untuk memberi servis perubatan semata-mata.

Oleh itu bagi mengelakkan kebosanan apabila ingin membincangkan perkara yang sama:
1. Gunakan method atau pendekatan yang berbeza.
2. Tambahkan sedikit ‘added value’ atau perkara baru supaya pendengar merasakan mereka mendapat sesuatu yang baru selain perkara yang mereka sudah sedia mengetahui.

normal atau tak normal?

11 October 2008

Sabtu, 930 malam, Wad 7 selatan, Seperti biasa, saya bersama student lain yang oncall pada malam itu mengikut doktor melihat ‘new admission’ pada hari tersebut. Salah satu kes yang dilihat ialah kes pneumonia (jangkitan peparu). Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika doktor cuba menerangkan keadaan peparu pesakit pneumonia tersebut kepada ahli keluarganya. Selain bahasa yang mudah, doktor turut menggunakan filem x-ray sebagai ‘alat bantu mengajar’ bagi memudahkan ahli keluarga memahami penjelasan yang diberikan. Kelihatan ahli keluarga tersebut mengangguk-angguk tanda faham.

Peristiwa itu mengingatkan saya ketika pertama kali melihat filem x-ray bahagian peparu kepunyaan sendiri. Pada masa itu x-ray peparu tersebut dibuat sebagai salah satu ‘requirement’ dalam perakuan kesihatan diri sebelum memasuki sekolah berasrama penuh. Ketika pertama kali melihat x-ray tersebut, saya agak terkejut apabila mendapati terdapat organ yang terherot ke sebelah kiri badan. Selain kedudukannya yang tidak ‘center’ bentuknya juga tidak sekata kiri dan kanan. Ini membuatkan saya merasakan seolah-olah diri ini tidak normal. Apa yang menjadi persoalan saya ialah, sekiranya organ dalam badan saya tidak normal, kenapa luaran saya tidak sakit dan saya sihat wal afiat? Persoalan ini saya pendam dan terjawab beberapa tahun kemudian, iaitu setelah saya memasuki pengajian ijazah sarjana muda sains perubatan di USM KK….


Berdasarkan ilmu yang saya pelajari....


Rupa-rupanya organ tersebut ialah jantung dan memang secara normalnya bentuk serta kedudukannya sebegitu….. huhu.... sekian…



Moral of the story: janganlah mentafsir sesuatu perkara secara membuta tuli tanpa ilmu pengetahuan.