Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Konvo!

15 August 2009


berdiri dari kiri: mek, k min, ayoh, abe pi, muha
duduk separuh: peyo

Alhamdulillah... dapat jugak merasa terima ijazah..


control..

Azam....

31 July 2008

Sudah lama saya tidak update blog ini. Akhirnya terbuka jugak hati ini untuk kembali menulis.

Begitu cepat masa berlalu. Kini saya sudah memasuki tahun akhir (final year), kehulu kehilir di sekitar hospital dengan white coat (beserta ‘gadget’2 clinical seperti-tukul, torch light, dll.) dan name tag yang tertera nama saya dan no 5 di sebelahnya.

Ada yang bertanya apa perasaan saya bergelar student final year?

Spontan saya menjawab, “Biasa je”.

Si penanya tersenyum sinis dan meragui, “ Ye ke?”

Saya kemudiannya berterus terang, “Ok la, sebenarnya ada la jugak rasa ‘gah’ [baca: proud] sebagai final year. Tapi tu dari segi title je la. Kalau knowledge, hampeh!”

Hampeh! Itulah perkataan yang saya pilih untuk men’describe’ tahap pemahaman saya dalam bidang perubatan jika dibandingkan dengan title final year yang saya pegang ini.

Walaupun telah bertahun mengikuti ‘teaching-learning approach’ yang menggunakan model ‘SPICES’ (Student-centered, Problem-based, Integrated, Community oriented, Elective and Systematic and Spiral) namun masalah sikap diri sendiri telah mensia-siakan pendekatan pembelajaran yang berkualiti ini.

Inilah akibatnya jika kurang serious & sambil lewa dalam menuntut ilmu. Mengamalkan sikap negatif sebegini sejak tahun pertama telah memberi kesan kumulatif di mana terlalu banyak perkara yang mesti di’cover’ apabila memasuki tahun 5. Huhu…

Walaupun demikian, bagi saya masih belum terlambat untuk kembali bangkit dan terus melangkah mempersiapkan diri menjadi ‘safe doctor’ beberapa bulan sahaja lagi. Usaha yang lebih perlu dilakukan bagi ‘membayar hutang-hutang’ [baca: perkara2 yang belum dibaca & difahami] yang tertunggak sejak tahun satu.

Saya juga ingin membantu PPSP mencapai salah satu objektif kualiti yang dinyatakan dalam ‘Quality Manual’ PPSP edisi kedua iaitu:

“To ensure at least 30% of successful students in the undergraduate professional examinations (I, II & III) obtain good grades (B and above)”

Ini adalah azam saya. Bagaimana pula rakan-rakan yang lain?

“The School of Medical Sciences aims to be a centre of excellence in academic in the country”
-Quality Manual School of Medical Sciences, 2nd edition.

Change! Berubahlah!

19 May 2008

Posting yg terakhir, orthopaedik, merupakan posting yg sangat bermakna buat saya. Selain ilmu perubatan yang diajar sepertimana posting-posting yang lain, posting ortho telah mengajar saya satu lagi elemen yang penting buat seorang pelajar perubatan iaitu SIKAP. Apa tidaknya, kali ini saya mendapat seorang supervisor yang sangat mementingkan elemen sikap & disiplin, Dr Liau.
Minggu pertama, saya & seorang lagi rakan di bawah pantauan Dr Liau telah diberi peringatan [baca: amaran] akan digagalkan jika tidak hadir tanpa sebab [baca: ponteng] ke klinik, ward round & OT lebih dari 2 kali. Mendengar peringatan tersebut saya mula mengambil serius berkenaan kehadiran ke klinik, ward round & OT.
Pada mulanya saya agak tertekan kerana tidak biasa dengan jadual yang padat lagi memenatkan dan 'terikat' dengan supervisor. Dengan perasaan terpaksa, saya akur dan bertahan. Namun, setelah beberapa minggu di bawah pantauan Dr Liau, perasaan terpaksa mulai hilang. Sikap beliau yang suka mengajar menyebabkan saya mula meminati posting orthopaedik ini. Saya mula menyedari betapa pentingnya memanfaatkan ward round, klinik & OT sebagai latihan & pendedahan awal menjadi seorang doktor.

Sayangnya kesedaran ini hadir setelah tahun 4 hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Namun, pesan seorang rakan melalui YM: 'InsyaAllah masih ada harapan..' memberi semangat baru kepada saya. Sikap yang negatif perlu dibuang jauh & perubahan positif perlu dilakukan. Baki tahun pengajian yang ada akan saya guna semaksima mungkin untuk mempersiapkan diri menjadi seorang 'safe doctor'... InsyaAllah.

Mind setting

14 April 2008

Baru-baru ini Abe Chik telah diajak oleh seorang kawan menjadi fasilitator program untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan. Dalam program tu Abe Chik diberi satu slot untuk berkongsi pengalaman dengan peserta. Slot selama 15 minit tersebut Abe Chik gunakan dengan sebaiknya untuk membentangkan satu tajuk yang banyak merubah cara berfikir Abe Chik, iaitu ‘mind setting’. Kali terakhir bentangkan tajuk ni ialah semasa tingkatan 5 dahulu. Masa tu Abe Chik bentangkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah Abe Chik.

Mind setting ialah proses minda yang menetapkan bagaimana kita menilai sesuatu perkara dan mempengaruhi reaksi kita terhadap perkara tersebut. Proses ini biasanya berlaku secara spontan tanpa disedari. Namun minda kita boleh dilatih untuk mengawal proses ini. Misalnya apabila belajar dalam bilik yang panas, secara spontan minda kita menilai kepanasan itu sebagai sesuatu yang tidak menyelesakan (negatife). Sebagai reaksi, selain badan kita berpeluh, minda tidak dapat berfungsi secara optimum dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menggunakan mind setting, minda boleh dilatih untuk menilai suasana kepanasan tersebut sebagai suasana yang dingin dan menyelesakan(positif)! Kesannya, minda akan dapat berfungsi secara optimum tanpa tanpa dipengaruhi oleh suasana panas.

Dalam konteks motivasi, kita boleh menggunakan ‘mind setting’ untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kita mampu melakukan sesuatu.

Pertama kali menggunakan kaedah mind setting ini semasa berumur 9 tahun. Masa tu Abe Chik terpilih mewakili sekolah ke pertandingan pidato. Satu perkara yang normal, apabila pertama kali bercakap dihadapan audience yang ramai, perasaan gementar tidak dapat dielakkan. Namun, salah seorang abang Abe Chik mengajar satu tips yang amat berguna buat berhadapan situasi tersebut. Katanya kepada Abe Chik,

‘Anggaplah semua yang ada dihadapan tidak tahu apa-apa. Hanya adik sahaja yang tahu pasal tajuk tu’

Maka Abe Chik pun menetapkan minda (mind setting) Abe Chik bahawa semua audience yang ada dihadapan (termasuk juri dan penjaga masa yang semestinya jauh lebih tua dari Abe Chik), tidak tahu apa-apa. Hanya Abe Chik (masa tu berumur 9 tahun) yang paling tahu akan tajuk pidato tersebut.

Kesan daripada ‘mind setting’ tersebut, Abe Chik menjadi lebih yakin, berani dan bersedia untuk berhadapan dengan audience yang memenuhi dewan tersebut walaupun itulah pengalaman pertama bercakap di khalayak ramai. (PERINGATAN: tips ‘mind setting’ pengucapan awam di atas hanya sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Tidak sesuai untuk yang sudah dewasa kerana dibimbangi timbul perasaan riyak, ujub dan takabur. Mana boleh anggap kita sahaja yang tahu serba-serbi dan orang lain tidak tahu apa-apa!)

Selain berhadapan dengan pengalaman baru, ‘mind setting’ juga boleh diaplikasikan semasa menghadapi pelbagai situasi seperti tekanan, kesakitan, ketakutan, kegagalan dan kritikan.

Happiness...

19 March 2008

if you want happiness for an hour, take a nap






if you want happiness for a day, go for a picnic






if you want happiness for a week, go on a vacation




if you want happiness for a month, get married






if you want happiness for a year, inherit wealth




if you want happiness for a lifetime, learn to love what you do.

Dua kualiti dalam bidang perubatan

11 March 2008

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!