Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Konvo!

15 August 2009


berdiri dari kiri: mek, k min, ayoh, abe pi, muha
duduk separuh: peyo

Alhamdulillah... dapat jugak merasa terima ijazah..


control..

Berakhirnya satu permulaan

08 May 2009

Alhamdulillah.. kini pengajian kursus doktor perubatan selama 5 tahun di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM KK telah pun berakhir. Tamatnya pengajian undergraduate bukan bermakna satu pengakhiran yang total. Pengajian selama 5 tahun ini hanya satu permulaan dan ia telahpun berakhir. Berakhirnya satu permulaan…
.
Kegagalan
Dalam permulaan ini, kegagalan demi kegagalan telah saya alami. Pertama kali melihat huruf F [Fail] tertera di sebelah nama saya dalam senarai keputusan selanjar 1 tahun 1, terasa diri ini bertuah (positif thinking) kerana akhirnya dapat juga merasa erti kegagalan. Bermula dari itu kegagalan demi kegagalan diraih sehingga diri ini menjadi lali dengan perkataan gagal. Namun jauh di sudut hati ini bertanya … sampai bila? Strategi demi strategi di atur agar kegagalan itu tidak berterusan dan dapat menamatkan pengajian tepat pada masanya. .. Alhamdulillah dengan izin Allah, permulaan ini berakhir jua dengan satu kejayaan. Namun disebalik kejayaan ini, tersirat satu lagi kegagalan…. Gagal menjadi yang terbaik...
.
Kejayaan
Dalam permulaan ini ada juga kejayaan demi kejayaan yang diraih. Berakhirnya permulaan ini juga adalah satu kejayaan. Segala puji bagi Allah…
.
Persahabatan
Dalam permulaan ini, tersirat nilai persahabatn yang sangat berharga. Memori bersama sahabat seperjuangan dalam survivor sebagai pelajar USM KK tidak akan saya lupakan. Hingga di saat akhir sebelum ‘viva borderline’ sahabat-sahabat ini masih bersama membantu. Terima kasih sahabat. Berakhirnya permulaan ini bukan bermakna berakhirnya persahabatan kita…
.
Permusuhan
Hmm…. no komen. Berakhirnya permulaan ini, bermakna berakhirnya permusuhan kita…

Permulaan yang baru.
Di sebalik pengakhiran ini, tersirat sebuah permulaan lain yang membuka satu episode baru dalam hidup. Kehidupan yang lebih mencabar dan lebih menguji daya tahan fizikal, kestabilan emosi dan kekuatan rohani.
.
Apa tidaknya… 6.30 pagi sudah berada di ward… cover case, trace result investigation… Masa makan tak menentu. (Turun lagi la berat badanku yang tak seberapa ni… huhu.. ) tamat office hour, belum tentu boleh balik lagi.. kena pastikan ‘task’ pada hari tesebut di’settle’kn dulu.. baru bole balik… kalau ada yang tak ‘settle’, confirm kena maki ngan bos. kalau on call, start lepas office hour, kerja tak tido malam sampai pagi esok, kemudian esoknya terus sambung kerja untuk hari tersebut sehinggalah tamat office hour. Huhu penatnya…

Tapi.. Betul ke macam tu? Hmm.. tunggu dan lihat.. tapi berdasarkan cerita-cerita senior2 yang telah melaluinya, begitulah gambaran tasawwur kehidupan sebagai seorang house officer. Tak tau la kalau dah ada tokok tambah. Harapnya begitulah…
Kata seorang M.O (medical officer):
“kalau ko enjoy ngan kerja sebagai doktor, penat & sibuk macam mana pun ko tak rasa tertekan.”

Perkara penting yang membosankan.

17 October 2008


Suatu hari, semasa minggu ke tiga posting medical. Saya dan rakan-rakan kumpulan 7 yang lain menghadiri tutorial BECS(Bioethics & Communication Skill).

Pengajaran BECS kepada pelajar ‘undergraduate’ USM yang mula diperkenalkan sejak tahun 2000 mempunyai tujuannya yang tersendiri.
“It re-emphasises the importance of ethical and professional behaviour as well as effective communication skills when dealing with patients, families and communities as well as government agencies and NGOs.”
-Artikel ‘Curricular Trends in Malaysian Medical Schools: Innovations Within’

Pandangan saya tentang kelas bioethics: membosankan tapi penting.
Membosankan kerana membincangkan perkara yang sama setiap kali kelas BECS (cth: breaking bad news, inform consent, confidentiality, empathy, dll..). Namun penting kerana tujuan pengajarannya yang murni.

Membincangkan perkara yang sama

Manusia akan bosan apabila mendengar perkara yang sama berulang kali. Lebih-lebih lagi apabila method penyampaian yang digunakan juga sama dan daripada orang yang sama. Lihat sahaja apa yang berlaku semasa kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Apa kata orang kampung:

“ tak dok modal lain ko?”

“dok paka jugok taktik hok tulo(sama)…oghe tok cayo doh!”

“bo la… ambo tok sir dengar doh.. tau doh cito sbenar…”

Walaupun demikian, kadang-kadang perkara yang sama (walaupun membosankan) mesti diulang-ulang perbincangannya supaya kita sentiasa beringat dan tidak lupa. Seorang senior BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) semasa zaman sekolah dahulu pernah berkata (menjawab sindiran segelintir pihak terhadap tazkirah di surau yang mengulang isu atau topik yang sama):
“ dah nama tazkirah… memang la dok ulang sebut perkara yang sama. Tazkirah ni kan peringatan.. benda yang kita dah tau, tapi diulang-ulang supaya kita ingat dan tidak lupa…”
Begitu juga halnya dengan soal pengajaran bioethics. Perlu diulang-ulang (dengan kekerapan yang berpatutan) supaya 'final produk' yang bakal dihasilkan oleh universiti kelak merupakan doktor yang beretika dan professional, bukannya robot yang diprogramkan hanya untuk memberi servis perubatan semata-mata.

Oleh itu bagi mengelakkan kebosanan apabila ingin membincangkan perkara yang sama:
1. Gunakan method atau pendekatan yang berbeza.
2. Tambahkan sedikit ‘added value’ atau perkara baru supaya pendengar merasakan mereka mendapat sesuatu yang baru selain perkara yang mereka sudah sedia mengetahui.

Ramadhan, Universiti APEX & PMIUSMKK

22 September 2008

2 Minggu yang lalu saya diminta memberikan tazkirah selepas solat tarawih, mengupas tajuk ‘Ramadhan, perubahan & …..’

Selain ….. [baca: dot dot dot] apa yang menarik perhatian saya ialah penekanan terhadap aspek ‘perubahan’.

Sedar atau tidak, ramai orang menunjukkan perubahan di bulan Ramadhan. Terdapat kecenderung an melakukan amalan ibadah dan mengelak dari amalan yang dikatakan meng’kurus’kan pahala puasa (maksiat, lagha,). Fenomena sebegini telah dijelaskan oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya:
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!" (HR Bukhari, Muslim)

Dikatakan pintu-pintu syurga dibuka, kerana ramainya manusia melakukan ibadah. Setan-setan pula dibelenggu, kerana manusia cenderung kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Itu perubahan yang berlaku kepada manusia yang ingin mencari redha Allah. Mereka mempunyai kesediaan untuk berubah dan mengambil peluang di bulan Ramadhan al Mubarak sebagai ‘turning point’ untuk berubah.

Kesediaan untuk berubah
USM pada awal Ramadhan baru-baru ini telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai universiti Apex, mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Soalan cepu emas: Apakah perkaitan antara bulan Ramadhan dengan pemilihan USM sebagai university Apex? Jawabnya: tiada kaitan pun… satu kebetulan sahaja. Namun tahukah anda, salah satu kriteria yang digunakan oleh KPT dalam pemilihan tersebut ialah : KESEDIAAN UNTUK BERUBAH!

''USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi" -Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin

Sejajar dengan pemilihan tersebut mahasiswa muslim USM Kampus Kesihatan turut sama menunjukkan kesediaan mereka untuk melakukan perubahan. Perubahan dalam aspek kepimpinan dan organisasi yang menjanjikan gerak kerja dakwah dan aktiviti kerohanian yang lebih tersusun, mengikut saluran yang betul iaitu Persatuan Mahasiswa Islam USMKK. Usaha jentera penggerak bagi penubuhan PMI USMKK patut diberi pujian kerana menjadi ‘initiator’ kepada satu dimensi dan paradigma baru dalam gerak kerja Islam di Kampus Kesihatan. Di belakang mereka berdirinya lebih kurang 700 mahasiswa USMKK memberikan sokongan melalui referendum yang disediakan jentera penggerak.
Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah maklum balas yang muktamad pihak pengurusan Universiti terhadap inisiatif mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan ini. Semoga usaha ini akan mengukir sejarah tersendiri dengan tertubuhnya Persatuan Mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan.

AGM PSP

06 August 2008

Alhamdulillah, berakhir sudah tampuk pemerintahan kami sebagai HICOM & EXCO PSP sesi 07/08. AGM yang diadakan semalam telah memilih barisan kepimpinan baru yang diharapkan dapat menerajui PSP kearah kecemerlangan dan menaikkan nama USM.

Seperti tahun-tahun yang lepas, AGM kali ini juga dimulakan agak lewat dari masa yang dirancang. (bukan salah ajk AGM). Bila la agaknya masyarakat kita nak berubah supaya lebih menepati masa? Teringat perbualan Frodo dan Gandalf dalam cerita The Lord of The Ring:

Frodo: You're late.


Gandalf: A wizard is never late, Frodo Baggins. Nor is he early. He arrives precisely when he means to.

Tapi kita bukannya ahli sihir. Boleh sesuka hati men’teleport’kan diri ke mana sahaja. Jadi kena la cuba aturkan masa. Sikap lewat hadir ke mesyuarat bukan sahaja menyusahkan ahli lain yang datang awal malah sesuatu yang tidak adil kepada mereka. Mereka juga mempunyai urusan-urusan lain yang terpaksa ditinggalkan. Lebih menakutkan lagi, sikap negatif ini juga boleh menjadi wabak yang akan menjangkiti bukan sahaja ahli, malah exco atau HICOM yang lemah sistem ‘immune’. [penulis juga kadang-kadang dijangkiti oleh wabak tersebut]

Selain itu, kehadiran juga kurang memuaskan dan tidak seimbang dari segi taburan kaum. Kelihatannya pelajar Melayu lebih mendominasi. Kesannya, semua HICOM yang dilantik dalam AGM tersebut terdiri daripada pelajar Melayu dan tiada pencalonan daripada kaum lain. Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan PSP ialah persatuan untuk orang Melayu(Muslim) sahaja.


So, satu cabaran buat kepimpinan baru untuk mempengaruhi lebih ramai lagi ahli dari kaum Cina & India supaya melibatkan diri dalam kegiatan persatuan. En Zul, mewakili BHEPP dalam ucapannya menyebut:


“ ...kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian goal organisasi.”
Mampukah kepimpinan baru mempengaruhi pelajar India dan Cina untuk bersama mereka dalam kegiatan persatuan? Tunggu dan lihat…

Jika dibandingkan AGM tahun-tahun yang lepas di mana ahli lebih cenderung menerima segala laporan yang dibentangkan tanpa banyak persoalan, AGM pada tahun ini menunjukkan sedikit perubahan apabila terdapat beberapa ahli yang ‘berkaliber’ bangkit menanyakan soalan demi soalan semasa sesi perbentangan laporan aktiviti dan kewangan. Ini menunjukkan masih ada ahli yang ‘cakna’ dengan apa yang telah dibuat oleh pihak persatuan sepanjang sesi 07/08.

Apapun, semoga persoalan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan, bukannya untuk melepaskan geram atau menjatuhkan kredibiliti HICOM dan EXCO-EXCO persatuan….. jangan sampai umpama meludah ke langit, kelak jatuh ke muka sendiri....

Kelesuan Subuh di masjid Murni…

02 August 2008


Sesi pengajian 08/09…. Ramai sahabat & adik2 seangkatan telah dipindahkan keluar dari desasiswa Murni. Ada yang dipindahkan ke Desa Nurani, desa UPPU [baca: ten-ten] dan ada juga yang menyewa rumah di luar kampus. Pemergian mereka sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada empayar Islamik yang terbina sekian lama di desa Murni lelaki…

Apa tidaknya, perginya imam-imam, bilal-bilal dan makmum-makmum ini telah menjadikan masjid Murni hilang serinya… perubahan yang ketara dapat dilihat semasa Subuh. Selain laungan azan yang jarang atau lewat kedengaran, kehadiran dibahagian muslimin agak menyedihkan… Imam + bilal +/-makmum tiga-empat orang… kadang-kadang hanya Imam + bilal atau imam merangkap bilal atau paling teruk, imam sendiri pun tak datang!… [bahagian Muslimat saya tak tengok, tapi Alhamdulillah, ada la jugak yang datang.]

Kata orang, yang sudah pergi tak perlu ditangisi… kita yang masih tinggal [saki baki ‘tentera-tentera’ di desa Murni] seharusnya meneruskan perjuangan, memikul tugas mengimarahkan Masjid Murni. Saya bersyukur mempunyai seorang sahabat (bilik aras satu) yang hampir setiap pagi datang ke bilik (aras tiga) semata-mata untuk kejut Subuh. Lebih mengharukan apabila perkhidmatan ‘miscall’ untuk kejut Subuh diberikan tanpa diminta & tanpa sebarang bayaran [mengalahkan Celcom]. Syukran ya akhi..

Sebagai renungan,
"Abu Zuhair (Umarah) bin Ruwaibah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang sembahyang Subuh sebelum terbit matahari dan sembahyang Asar sebelum terbenam matahari."
(HR
Muslim)
(yakni tepat pada waktunya)
"Dan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq dari dari sembahyang Subuh dan Isyak, dan andaikan mereka mengetahui pahalanya tentu mereka akan mendatanginya meskipun merangkak-rangkak."
(HR
Bukhari, Muslim)
Buka mata, lihatlah kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman.

Dua kemungkinan

17 April 2008

Seorang kawan pernah berkata dalam tazkirahnya, “Dua kemungkinan yang berlaku kepada pelajar bidang perubatan: pertama, semakin dekat kepada Allah atau kedua, semakin jauh dari mengingati Allah.”
Kemungkinan pertama: semakin dekat kepada Allah
Antara cabaran dalam pengajian bidang perubatan ialah terlalu banyak yang perlu dibaca, difahami dan diingat. Apa yang dibaca, tak semua difahami. Apa yang dah difahami pun, tak semua dingat. Apa yang dah diingat pun, tak semua dapat dijawab dengan baik apabila ditanya oleh pensyarah. Menyedari cabaran ini, pelajar merasakan perlunya menjadikan Allah sebagai tempat mengharap dan memohon pertolongan. Mereka menjaga hubungan baik dengan Allah. Memperbanyakkan zikir dan munajat kepadaNya. Menadah tangan berdoa (bukan ‘membaca doa’, tapi ‘berdoa’) memohon pertolonganNya.

Pada masa sama, mereka tetap berusaha semaksimum yang boleh untuk menimba ilmu dan mengulangkaij pelajaran. Ilmu yang dipelajari dan pengalaman di wad, klinik atau A&E pula, menjadikan mereka ummat yang berfikir. Berfikir tentang tanda-tanda kebijaksanaan, kebesaran dan kekuasaan Allah menjadikan manusia.
“dan pada dirimu sendiri, tidakkah kamu perhatikan.”
(Az-Zariat:21)
Anatomi, biochemistry, dan physiology manusia mengandungi tanda-tanda kebijaksanaan Allah. Buka mata, lihatlah kebenaran……
Kemungkinan kedua: semakin jauh dari Allah
Mereka berhadapan dengan cabaran yang sama iaitu terlalu banyak yang perlu dibaca, difahami dan diingat. Apa yang dibaca, tak semua difahami. Apa yang dah difahami pun, tak semua dingat. Apa yang dah diingat pun, tak semua dapat dijawab dengan baik apabila ditanya oleh pensyarah. Namun, cabaran ini menjadikan mereka terlampau ghairah menimba ilmu sehingga lupa Allah sebagai tempat mengharap dan memohon pertolongan. Solat 5 waktu terutama Subuh seringkali terabai (kerana mengulangkaji sampai pagi), Al-Quran semakin jarang dibaca dan doa semakin lupa diamalkan..... Boleh jadi cabaran tersebut menyebabkan mereka tertekan(stress) dan menjadikan hiburan duniawi sebagai penghilang tekanan. Dalam terkapai-kapai mencari ketenangan, mereka lemas dalam dunia hedonism dan semakin hanyut jauh dari mengngati Allah……….

Program penghayatan solat MPP USMKK

17 March 2008



Semalam, Abe Chik sempat mengikuti majlis perasmian Program Penghayatan Solat yang diadakan di masjid Pusat Islam USMKK. Seperti biasa, kebanyakan yang datang adalah muka-muka sama. Diharapkan agar muka-muka ini akan dapat menarik lebih ramai lagi rakan-rakan lain untuk sama-sama meigimarahkan masjid seperti saranan doktor Suhaimi dalam ucapan perasmiannya.

“Sorang kena bawak satu lagi pelajar lain ke masjid.”

Maknanya kalau yang datang seramai 50 orang (bukan bilangan sebenar) dan masing-masing berjaya membawa 1 orang ke masjid, selepas ini akan ada seramai 100 orang yang datang ke masjid. InsyaAllah…

Abe Chik juga tertarik dengan ceramah oleh Ust Rosdian berkenaan “Gempur Subuh”. Pada permulaan, (intro/mukaddimah) ceramah beliau penuh dengan lawak jenaka.(As espected). Namun apabila membicarakan isi ceramah tentang solat Subuh, beliau kelihatan lebih serius. Hati Abe Chik tersentuh apabila ustaz memberitahu tiada gunanya kita mempunyai muka yang cantik, badan yang kuat, dan lain-lain, tetapi tidak berupaya bangun untuk solat subuh!

Majlis juga diisi dengan pengenalan skuad gempur subuh. Teringat Abe Chik semasa zaman sekolah menengah dulu. Pernah jugak Badan Dakwah sekolah Abe Chik dulu buat Skuad Gerak Subuh. Setiap pagi diorang ketuk semua bilik-bilik asrama tapi yang turun tak sampai 1/3 pun. Bukan itu sahaja, bilangan ahli skuad pun makin lama makin kurang! Harapnya skuad gempur subuh USMKK ni tak jadi macam skuad gerak subuh sekolah Abe Chik dulu…..

Abe Chik bersyukur mempunyai MPP yang memahami betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sebagai ummat Islam. Begitu juga dengan BHEPP yang memberi kelulusan dan Pusat Islam yang memberi sokongan dalam menganjurkan program tersebut.

Menyedari khasiat solat dalam mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, kerajaan Negeri Kelantan sendiri sudah lebih 12 tahun menganjurkan program tahunan Bulan Sembahyang. Dalam Belanjawan Sejahtera 2007 misalnya, Kelantan memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan ini. Walaupun demikian, pernah pada tahun 1992, seorang ADUN Melor (bekas) yang bertaraf ustaz menganggap usaha mengadakan Bulan Sembahyang sebagai membazir. Takkan la seorang ustaz tidak tahu yang sembahyang ini boleh mencegah kemungkaran!

Sekali sekala PM dan TPM kita pun ada bercakap mengenai solat dan masjid. Lebih-lebih lagi masa nak dekat pilihanraya baru-baru ini. Cuma, aktiviti sembahyang tidak pula dikaitkan dengan salah satu tujuannya iaitu mencegah keji dan mungkar… ..

Pujian atau sindiran?

05 March 2008



Pujian, jika disampaikan dengan cara betul akan memberikan kesan yang positif kepada orang yang dipuji..Kajian menunjukkan kita akan mudah menyukai orang yang memberi maklum balas positif kepada kita. Pujian adalah salah satu maklum balas positif.

Walaupun demikian, di kalangan pelajar Melayu, terdapat satu budaya yang agak unik, iaitu budaya pujian yang menyidir. Sememangnya ungkapan-ungkapan dalam pujian tersebut mengandungi ayat-ayat yang memuji tetapi bagi individu yang ditujukan pujian tersebut, ungkapan tersebut tidak lain hanya sindiran atau gurauan!

“ rajin la ko stadi!”

“wah, rajinnya pegi library!”

“study! Mantap siot!”

“mantap! Pegi library!”

“banyaknya baca buku! Betul ke kau ni?”

Itulah antara ungkapan-unkapan yang saya dengar hampir setiap hari. Kalau bukan orang lain, saya sendiri yang menjadi mangsanya. Mungkin anda sendiri pun pernah menerima pujian sedemikian.

Mungkin niat si pemuji ikhlas untuk memuji, tetapi pujian yang tidak bertempat dan tidak kena caranya itu boleh memberi kesan negative terhadap orang yang dipuji. Lebih-lebih lagi mereka yang baru ingin berubah. Bagi mereka yang kuat azamnya, pujian sedemikian bagaikan mencurah air di daun keladi, tidak memberi kesan kepada mereka. Namun bagi yang lemah keazamannya, pujian sedemikian sedikit sebanyak mampu menggugat azam baru untuk berubah. Orang yang dipuji mungkin berasa dirinya terperangkap dalam keadaan serba salah dan timbul rasa segan untuk melakukan perubahan positif dalam diri.

Oleh itu, berhati-hatilah apabila ingin memuji seseorang kerana pujian itu ibarat pedang dua mata. Ia boleh membawa kebaikan, ia juga boleh membawa keburukan…..

3 Jenis Mahasiswa USMKK.

03 March 2008

Sepanjang pemerhatian saya, mahasiswa Pusat Pengajian Sains Perubatan USMKK boleh dibahagikan kepada 3 kategori….

Kategori 1: Golongan ulat buku
Kategori II: Seimbang antara buku dan aktiviti
Kategori III: Terlebih aktiviti dan kurang baca buku.

Kepada kategori 1 (Golongan ulat buku) ingin saya katakan kepada mereka:

“ Baca buku tu memangla kewajipan kita sebagai bakal doctor, tetapi jangan la sampai tak hirau apa yang berlaku di sekeliling anda. Luangkan la sedikit masa untuk ambil tahu tentang persekitaran anda. Masih ada kawan-kawan anda yang memerlukan pertolongan anda. Bantulah mereka terutama dalam bidang akademik. Kalau ada peluang, joinla aktiviti yang bermanfaat dan dapatkan sebanyak mungkin pengalaman terutama dalam bab pengurusan dan soft skill. Takkan nak jadi doctor yg banyak ilmu, tinggi IQ, tetapi lemah dari segi EQ, komunikasi dan bab pengurusan. Buat sakit hati patient dan rakan sekerja sahaja. Jangan sia-siakan potensi diri anda…”

Kepada kategori II (Seimbang antara buku dan aktiviti) ingin saya katakan kepada mereka:

“ Bagus. Anda seorang yang bijak mengurus masa. Anda adalah bakal doctor yang berjaya. Pesan saya, pastikan aktiviti yang anda sertai itu memberi manfaat kepada agama dan masyarakat di sekeliling anda. Hindari aktiviti yang merosakkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling anda. Adakah anda sanggup menjadi salah seorang ejen perosak masyarakat dan pendorong budaya hedonism di kampus? Tentu sekali tidak! Katakan tidak kepada hedonism dan pergaulan bebas!!”

Kepada kategori III (Terlebih aktiviti dan kurang baca buku) ingin saya katakan kepada mereka:

“ Sekiranya aktiviti itu tidak memberi manfaat kepada masyarakat kampus, sebaliknya hanya menjadi medium perosak masyarakat dan penggalak budaya hedonism, segeralah berhenti. Tidak berbaloi anda meluangkan masa untuk kerja-kerja sedemikian kerana di akhirat kelak anda akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang anda lakukan ketika di dunia ini.
Sekiranya aktiviti tersebut dah memang merupakan aktiviti yang bermanfaat, lebih baik anda mengatur kembali kehidupan anda dan luangkan masa untuk membaca buku akademik. Kegagalan atau kelemahan akademik kerana terlalu sibuk beraktiviti akan memberi kesan negative dari segi pandangan masyarakat kampus terhadap aktiviti yang anda sertai. Lebih malang lagi sekiranya aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang bercirikan Islamik. Kata pak imam di kampung: “Backfire kepada perjuangan Islam” Lagipun mampukah anda menjadi ‘safe doctor’ jika kurang ilmu

pengetahuan? “