AGM PSP

06 August 2008

Alhamdulillah, berakhir sudah tampuk pemerintahan kami sebagai HICOM & EXCO PSP sesi 07/08. AGM yang diadakan semalam telah memilih barisan kepimpinan baru yang diharapkan dapat menerajui PSP kearah kecemerlangan dan menaikkan nama USM.

Seperti tahun-tahun yang lepas, AGM kali ini juga dimulakan agak lewat dari masa yang dirancang. (bukan salah ajk AGM). Bila la agaknya masyarakat kita nak berubah supaya lebih menepati masa? Teringat perbualan Frodo dan Gandalf dalam cerita The Lord of The Ring:

Frodo: You're late.


Gandalf: A wizard is never late, Frodo Baggins. Nor is he early. He arrives precisely when he means to.

Tapi kita bukannya ahli sihir. Boleh sesuka hati men’teleport’kan diri ke mana sahaja. Jadi kena la cuba aturkan masa. Sikap lewat hadir ke mesyuarat bukan sahaja menyusahkan ahli lain yang datang awal malah sesuatu yang tidak adil kepada mereka. Mereka juga mempunyai urusan-urusan lain yang terpaksa ditinggalkan. Lebih menakutkan lagi, sikap negatif ini juga boleh menjadi wabak yang akan menjangkiti bukan sahaja ahli, malah exco atau HICOM yang lemah sistem ‘immune’. [penulis juga kadang-kadang dijangkiti oleh wabak tersebut]

Selain itu, kehadiran juga kurang memuaskan dan tidak seimbang dari segi taburan kaum. Kelihatannya pelajar Melayu lebih mendominasi. Kesannya, semua HICOM yang dilantik dalam AGM tersebut terdiri daripada pelajar Melayu dan tiada pencalonan daripada kaum lain. Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan PSP ialah persatuan untuk orang Melayu(Muslim) sahaja.


So, satu cabaran buat kepimpinan baru untuk mempengaruhi lebih ramai lagi ahli dari kaum Cina & India supaya melibatkan diri dalam kegiatan persatuan. En Zul, mewakili BHEPP dalam ucapannya menyebut:


...kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian goal organisasi.”
Mampukah kepimpinan baru mempengaruhi pelajar India dan Cina untuk bersama mereka dalam kegiatan persatuan? Tunggu dan lihat…

Jika dibandingkan AGM tahun-tahun yang lepas di mana ahli lebih cenderung menerima segala laporan yang dibentangkan tanpa banyak persoalan, AGM pada tahun ini menunjukkan sedikit perubahan apabila terdapat beberapa ahli yang ‘berkaliber’ bangkit menanyakan soalan demi soalan semasa sesi perbentangan laporan aktiviti dan kewangan. Ini menunjukkan masih ada ahli yang ‘cakna’ dengan apa yang telah dibuat oleh pihak persatuan sepanjang sesi 07/08.

Apapun, semoga persoalan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan, bukannya untuk melepaskan geram atau menjatuhkan kredibiliti HICOM dan EXCO-EXCO persatuan….. jangan sampai umpama meludah ke langit, kelak jatuh ke muka sendiri....

1 comments:

Anonymous said...

bob baru naik jadi ydp mpdmn dh nk tunjuk belang. x po, kito tengok apo jd kt MPDMN lepaih ni. siam plop tetiba je jd 'concern' pasal PSP. ada udang d sebalik mee ni... relax la siam, benda remeh pung nk tanya, nampak sangat niat buruk ko.