Stress? Tension? Tertekan?

07 August 2008

Yellow zone, A&E HUSM. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Tinggal 30 minit lagi sebelum berakhirnya oncall pada hari tersebut. (oncall student posting A&E sampai pukul 2.00 pagi sahaja). Saya dan beberapa lagi student yang oncall sedang mendengar celoteh seorang doktor yang bertugas pada malam tersebut. Pelbagai perkara yang dibincangkan. Akademik, clinical, masalah sikap pegawai perubatan, kualiti perkhidmatan HUSM, pengalaman di hospital lain, dan banyak lagi. Di penghujung celotehnya, doktor tersebut berpesan kepada kami (dalam bahasa Inggeris, tapi saya terjemahkan dalam bahasa Melayu- mungkin ada sedikit tokok tambah..)


Belajar medic ni agak stress dan tertekan. Kamu semua harus mempunyai perkara lain (selain belajar) untuk dibuat pada hujung minggu. Keluar jalan2, tonton wayang, memancing, tengok movie.... untuk releas’kan tension. Tapi jangan sampai perkara tu mengabaikan study pulak…. bla….. bla….bla…”


Saya bertanya kepada diri sendiri….

Stress? Tertekan? Hmm… ada la jugak especially masa nak dekat end of posting examination dan ditambah lagi buku log yang masih banyak belum terisi.

Perkara lain selain belajar?
Hmm… ada la jugak contohnya menulis blog, pelihara ikan (guppy, neon tetra, smakin, jelawat, MPKB, lapan, kap, black Oscar),pelihara udang, martial art, balik ke rumah, basuh
baju, basuh motor,….



Persoalannya, betulkah perkara-perkara tersebut mereleaskan tension? Hmm.. ada la jugak berkurang sedikit tekanan apabila:

1.Meluahkan apa yang terbuku di hati melalui penulisan di blog
2.Melihat ikan berenang-renang dalam akuarium.
3.Menendang sekuat hati semasa latihan silat
4.Melihat wajah mak dan ayah kat rumah.
5.Melihat baju yang akhirnya tersidai diampaian selepas seminggu diperap di dalam baldi.


Tekanan berkurang sedikit sahaja? Kenapa tidak hilang 100%? Apa puncanya? Adakah kerana ‘stress management’ yang kurang efekif?

Sesungguhnya Islam ada jawapannya.


Firman Allah, Maksudnya :

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”

(Ar-Ra’d :28)


Peliharalah ikan banyak mana pun, tendanglah sekuat mana pun, tapi kalau tidak berzikir mengingati Allah hati tidak akan tenteram. (berzikir pula mesti mengikut apa yang disyariatkan. Jangan sampai melakukan bid’ah idhafiyyah pulak.)

Hadith Nabi s.a.w. pula:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa akhirat menjadi niat dan tumpuannya, Allah s.w.t. meletakkan kekayaan dalam hatinya dan menyatukan urusan-urusannya yang berselerak dan dunia datang dengan tunduk kepadanya. Sesiapa yang dunia menjadi niat dan tumpuannya maka Allah s.w.t. meletakkan kefaqiran di antara kedua matanya dan meyelerakkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditentukan untuknya.

(al-Tirmizi)


Tepuk dada, tanya diri sendiri: Apakah niat aku belajar bidang perubatan?

2 comments:

Anonymous said...

bila tension, ramai yg cari hiburan tidak islamik. apakah tak yakin ngan Islam sebagai penyelesai masalah?

As said...

Kenyataan yang tak dapat dinafikan.

Lama tak ketemu ;)

moga tenang2 salu