Ramadhan, Universiti APEX & PMIUSMKK

22 September 2008

2 Minggu yang lalu saya diminta memberikan tazkirah selepas solat tarawih, mengupas tajuk ‘Ramadhan, perubahan & …..’

Selain ….. [baca: dot dot dot] apa yang menarik perhatian saya ialah penekanan terhadap aspek ‘perubahan’.

Sedar atau tidak, ramai orang menunjukkan perubahan di bulan Ramadhan. Terdapat kecenderung an melakukan amalan ibadah dan mengelak dari amalan yang dikatakan meng’kurus’kan pahala puasa (maksiat, lagha,). Fenomena sebegini telah dijelaskan oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya:
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!" (HR Bukhari, Muslim)

Dikatakan pintu-pintu syurga dibuka, kerana ramainya manusia melakukan ibadah. Setan-setan pula dibelenggu, kerana manusia cenderung kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Itu perubahan yang berlaku kepada manusia yang ingin mencari redha Allah. Mereka mempunyai kesediaan untuk berubah dan mengambil peluang di bulan Ramadhan al Mubarak sebagai ‘turning point’ untuk berubah.

Kesediaan untuk berubah
USM pada awal Ramadhan baru-baru ini telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai universiti Apex, mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Soalan cepu emas: Apakah perkaitan antara bulan Ramadhan dengan pemilihan USM sebagai university Apex? Jawabnya: tiada kaitan pun… satu kebetulan sahaja. Namun tahukah anda, salah satu kriteria yang digunakan oleh KPT dalam pemilihan tersebut ialah : KESEDIAAN UNTUK BERUBAH!

''USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi" -Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin

Sejajar dengan pemilihan tersebut mahasiswa muslim USM Kampus Kesihatan turut sama menunjukkan kesediaan mereka untuk melakukan perubahan. Perubahan dalam aspek kepimpinan dan organisasi yang menjanjikan gerak kerja dakwah dan aktiviti kerohanian yang lebih tersusun, mengikut saluran yang betul iaitu Persatuan Mahasiswa Islam USMKK. Usaha jentera penggerak bagi penubuhan PMI USMKK patut diberi pujian kerana menjadi ‘initiator’ kepada satu dimensi dan paradigma baru dalam gerak kerja Islam di Kampus Kesihatan. Di belakang mereka berdirinya lebih kurang 700 mahasiswa USMKK memberikan sokongan melalui referendum yang disediakan jentera penggerak.
Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah maklum balas yang muktamad pihak pengurusan Universiti terhadap inisiatif mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan ini. Semoga usaha ini akan mengukir sejarah tersendiri dengan tertubuhnya Persatuan Mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan.

0 comments: