Program penghayatan solat MPP USMKK

17 March 2008



Semalam, Abe Chik sempat mengikuti majlis perasmian Program Penghayatan Solat yang diadakan di masjid Pusat Islam USMKK. Seperti biasa, kebanyakan yang datang adalah muka-muka sama. Diharapkan agar muka-muka ini akan dapat menarik lebih ramai lagi rakan-rakan lain untuk sama-sama meigimarahkan masjid seperti saranan doktor Suhaimi dalam ucapan perasmiannya.

“Sorang kena bawak satu lagi pelajar lain ke masjid.”

Maknanya kalau yang datang seramai 50 orang (bukan bilangan sebenar) dan masing-masing berjaya membawa 1 orang ke masjid, selepas ini akan ada seramai 100 orang yang datang ke masjid. InsyaAllah…

Abe Chik juga tertarik dengan ceramah oleh Ust Rosdian berkenaan “Gempur Subuh”. Pada permulaan, (intro/mukaddimah) ceramah beliau penuh dengan lawak jenaka.(As espected). Namun apabila membicarakan isi ceramah tentang solat Subuh, beliau kelihatan lebih serius. Hati Abe Chik tersentuh apabila ustaz memberitahu tiada gunanya kita mempunyai muka yang cantik, badan yang kuat, dan lain-lain, tetapi tidak berupaya bangun untuk solat subuh!

Majlis juga diisi dengan pengenalan skuad gempur subuh. Teringat Abe Chik semasa zaman sekolah menengah dulu. Pernah jugak Badan Dakwah sekolah Abe Chik dulu buat Skuad Gerak Subuh. Setiap pagi diorang ketuk semua bilik-bilik asrama tapi yang turun tak sampai 1/3 pun. Bukan itu sahaja, bilangan ahli skuad pun makin lama makin kurang! Harapnya skuad gempur subuh USMKK ni tak jadi macam skuad gerak subuh sekolah Abe Chik dulu…..

Abe Chik bersyukur mempunyai MPP yang memahami betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sebagai ummat Islam. Begitu juga dengan BHEPP yang memberi kelulusan dan Pusat Islam yang memberi sokongan dalam menganjurkan program tersebut.

Menyedari khasiat solat dalam mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, kerajaan Negeri Kelantan sendiri sudah lebih 12 tahun menganjurkan program tahunan Bulan Sembahyang. Dalam Belanjawan Sejahtera 2007 misalnya, Kelantan memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan ini. Walaupun demikian, pernah pada tahun 1992, seorang ADUN Melor (bekas) yang bertaraf ustaz menganggap usaha mengadakan Bulan Sembahyang sebagai membazir. Takkan la seorang ustaz tidak tahu yang sembahyang ini boleh mencegah kemungkaran!

Sekali sekala PM dan TPM kita pun ada bercakap mengenai solat dan masjid. Lebih-lebih lagi masa nak dekat pilihanraya baru-baru ini. Cuma, aktiviti sembahyang tidak pula dikaitkan dengan salah satu tujuannya iaitu mencegah keji dan mungkar… ..

1 comments:

Pusat Islam said...

Siri Bicara Professional

Hari: Khamis 24/4/2008
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Pusat Islam

Penceramah: Dr. Irfan Mohammed
Tajuk:
Bagaimana Islam Mengajar ENT