Berdiri teguh

27 March 2008

Apabila sesuatu keputusan tidak selari dengan pilihan diri, akan ada yang bangkit menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dibelakang pilihan mereka….

Apabila BN tidak dipilih sebagai pemerintah di 5 negeri….

"Saya akan panggil segera semua anggota Parlimen dan DUN seberapa segera. Kami semua tetap menyokong dan berdiri teguh di hadapan di kiri dan kanan Presiden parti,"

-Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob

“Pemuda UMNO Kelantan tetap berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan timbalannya untuk bersama-sama meneliti permasalahan dan mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN)."

–Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dali Hussin

Apabila Rafidah tidak dipilih menganggotai Kabinet……

“Bagi pihak ahli exco yang lain, saya nak katakan dengan jelas dan nyata bahawa kami kesemua ahli exco dan wanita UMNO berdiri teguh bersama-sama Datuk Seri Rafidah untuk menentukan bahawa semangat Wanita tidak luntur”

-Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
"Jangan pula ada artikel yang nak tulis macam-macam, apa yang ingin saya tegaskan ialah kami berdiri teguh di belakang Datuk Seri Rafidah,”

-Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Apabila Idris tidak dipilih sebagai Menteri Besar Terengganu…..

23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih”

- ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid

(JUMAAT, 28 Mac-Akhirnya mereka terpaksa terima keputusan MPPR. Adakah mereka akan letak jawatan seperti yang dinyatakan Datuk Rosol? Tunggu dan lihat…)

Namun, apabila syariat Islam tidak pilih sebagai undang-undang yg tertinggi……

Siapakah yang bangkit dan menyatakan mereka tetap menyokong dan berdiri teguh di hadapan di kiri dan kanan barisan perjuangan Islam? (ubahsuai ayat MB Pahang)

Siapakah yang tetap berdiri teguh bersama-sama meneliti permasalahan dan mengambil langkah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem Islam? (ayat Ketua Pemuda UMNO Kelantan)

Siapa yang nak katakan dengan jelas dan nyata bahawa dia berdiri teguh bersama-sama pejuang Islam yang lain untuk menentukan bahawa semangat perjuangan Islam tidak luntur? (ubah skit ayat Shahrizat)

Siapakah yang berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan ulama dan berkata:

‘‘Mana-mana syariat selain Islam, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup hilang jawatan asalkan Islam dipilih” (kalau Datuk Rosol cakap macam ni kan lagi bagus?)

Buka mata, cari kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman…….