Mind setting

14 April 2008

Baru-baru ini Abe Chik telah diajak oleh seorang kawan menjadi fasilitator program untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan. Dalam program tu Abe Chik diberi satu slot untuk berkongsi pengalaman dengan peserta. Slot selama 15 minit tersebut Abe Chik gunakan dengan sebaiknya untuk membentangkan satu tajuk yang banyak merubah cara berfikir Abe Chik, iaitu ‘mind setting’. Kali terakhir bentangkan tajuk ni ialah semasa tingkatan 5 dahulu. Masa tu Abe Chik bentangkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah Abe Chik.

Mind setting ialah proses minda yang menetapkan bagaimana kita menilai sesuatu perkara dan mempengaruhi reaksi kita terhadap perkara tersebut. Proses ini biasanya berlaku secara spontan tanpa disedari. Namun minda kita boleh dilatih untuk mengawal proses ini. Misalnya apabila belajar dalam bilik yang panas, secara spontan minda kita menilai kepanasan itu sebagai sesuatu yang tidak menyelesakan (negatife). Sebagai reaksi, selain badan kita berpeluh, minda tidak dapat berfungsi secara optimum dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menggunakan mind setting, minda boleh dilatih untuk menilai suasana kepanasan tersebut sebagai suasana yang dingin dan menyelesakan(positif)! Kesannya, minda akan dapat berfungsi secara optimum tanpa tanpa dipengaruhi oleh suasana panas.

Dalam konteks motivasi, kita boleh menggunakan ‘mind setting’ untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kita mampu melakukan sesuatu.

Pertama kali menggunakan kaedah mind setting ini semasa berumur 9 tahun. Masa tu Abe Chik terpilih mewakili sekolah ke pertandingan pidato. Satu perkara yang normal, apabila pertama kali bercakap dihadapan audience yang ramai, perasaan gementar tidak dapat dielakkan. Namun, salah seorang abang Abe Chik mengajar satu tips yang amat berguna buat berhadapan situasi tersebut. Katanya kepada Abe Chik,

‘Anggaplah semua yang ada dihadapan tidak tahu apa-apa. Hanya adik sahaja yang tahu pasal tajuk tu’

Maka Abe Chik pun menetapkan minda (mind setting) Abe Chik bahawa semua audience yang ada dihadapan (termasuk juri dan penjaga masa yang semestinya jauh lebih tua dari Abe Chik), tidak tahu apa-apa. Hanya Abe Chik (masa tu berumur 9 tahun) yang paling tahu akan tajuk pidato tersebut.

Kesan daripada ‘mind setting’ tersebut, Abe Chik menjadi lebih yakin, berani dan bersedia untuk berhadapan dengan audience yang memenuhi dewan tersebut walaupun itulah pengalaman pertama bercakap di khalayak ramai. (PERINGATAN: tips ‘mind setting’ pengucapan awam di atas hanya sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah. Tidak sesuai untuk yang sudah dewasa kerana dibimbangi timbul perasaan riyak, ujub dan takabur. Mana boleh anggap kita sahaja yang tahu serba-serbi dan orang lain tidak tahu apa-apa!)

Selain berhadapan dengan pengalaman baru, ‘mind setting’ juga boleh diaplikasikan semasa menghadapi pelbagai situasi seperti tekanan, kesakitan, ketakutan, kegagalan dan kritikan.

2 comments:

Anonymous said...

salam Abe Chik..artikel yg bagus jgk.tp tukar la 'mind setting' tu jadi bahasa malaysia.terminologi apa2 yg sesuai yang difikirkan blh ganti 'term' tersebut.

Anonymous said...

btul tu. sama gak ntuk "UMNO" (United Malays National Organisation). tukar la jd bahasa melayu. ops, skang bahasa malaysia! guna la apa2 perkataan yg sesuai yg difikirkn blh ganti english word lam UMNO tu...Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMB) pn sesuai apa!