normal atau tak normal?

11 October 2008

Sabtu, 930 malam, Wad 7 selatan, Seperti biasa, saya bersama student lain yang oncall pada malam itu mengikut doktor melihat ‘new admission’ pada hari tersebut. Salah satu kes yang dilihat ialah kes pneumonia (jangkitan peparu). Apa yang menarik perhatian saya ialah ketika doktor cuba menerangkan keadaan peparu pesakit pneumonia tersebut kepada ahli keluarganya. Selain bahasa yang mudah, doktor turut menggunakan filem x-ray sebagai ‘alat bantu mengajar’ bagi memudahkan ahli keluarga memahami penjelasan yang diberikan. Kelihatan ahli keluarga tersebut mengangguk-angguk tanda faham.

Peristiwa itu mengingatkan saya ketika pertama kali melihat filem x-ray bahagian peparu kepunyaan sendiri. Pada masa itu x-ray peparu tersebut dibuat sebagai salah satu ‘requirement’ dalam perakuan kesihatan diri sebelum memasuki sekolah berasrama penuh. Ketika pertama kali melihat x-ray tersebut, saya agak terkejut apabila mendapati terdapat organ yang terherot ke sebelah kiri badan. Selain kedudukannya yang tidak ‘center’ bentuknya juga tidak sekata kiri dan kanan. Ini membuatkan saya merasakan seolah-olah diri ini tidak normal. Apa yang menjadi persoalan saya ialah, sekiranya organ dalam badan saya tidak normal, kenapa luaran saya tidak sakit dan saya sihat wal afiat? Persoalan ini saya pendam dan terjawab beberapa tahun kemudian, iaitu setelah saya memasuki pengajian ijazah sarjana muda sains perubatan di USM KK….


Berdasarkan ilmu yang saya pelajari....


Rupa-rupanya organ tersebut ialah jantung dan memang secara normalnya bentuk serta kedudukannya sebegitu….. huhu.... sekian…



Moral of the story: janganlah mentafsir sesuatu perkara secara membuta tuli tanpa ilmu pengetahuan.


0 comments: