

Doktor: Alhamdulillah.... mujo ambo hok oncall male ni.... (Alhamdulillah... lucky that i'm the one who oncall tonight..)
Moral of the story: jadilah hamba yang bersyukur...
lihatlah dengan lebih dekat, anda akan menyedarinya!
“Niat ni umpamo sekor semuk hite di atah batu hok hite, di male hok gelak. Tok napok, tapi ado… bergerok…” (Niat ni umpama semut hitam di atas batu yang hitam, di malam yang gelap. Tak nampak, tapi ada, sedang bergerak..)
“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (10)
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (11)
Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung. (12)
Dan kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin. (13)”
"Agenda reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan harapan baru untuk Malaysia sudah semakin dekat"
-Anwar Ibrahim
"Saya sudah cakap dari awal lagi, kedua-duanya (pilihan raya dan kes liwat) adalah isu yang berasingan," katanya pada satu sidang akhbar.
“Belajar medic ni agak stress dan tertekan. Kamu semua harus mempunyai perkara lain (selain belajar) untuk dibuat pada hujung minggu. Keluar jalan2, tonton wayang, memancing, tengok movie.... untuk releas’kan tension. Tapi jangan sampai perkara tu mengabaikan study pulak…. bla….. bla….bla…”
Stress? Tertekan? Hmm… ada la jugak especially masa nak dekat end of posting examination dan ditambah lagi buku log yang masih banyak belum terisi.
Perkara lain selain belajar? Hmm… ada la jugak contohnya menulis blog, pelihara ikan (guppy, neon tetra, smakin, jelawat, MPKB, lapan, kap, black Oscar),pelihara udang, martial art, balik ke rumah, basuh
baju, basuh motor,….
1.Meluahkan apa yang terbuku di hati melalui penulisan di blog
2.Melihat ikan berenang-renang dalam akuarium.
3.Menendang sekuat hati semasa latihan silat
4.Melihat wajah mak dan ayah kat rumah.
5.Melihat baju yang akhirnya tersidai diampaian selepas seminggu diperap di dalam baldi.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
(Ar-Ra’d :28)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa akhirat menjadi niat dan tumpuannya, Allah s.w.t. meletakkan kekayaan dalam hatinya dan menyatukan urusan-urusannya yang berselerak dan dunia datang dengan tunduk kepadanya. Sesiapa yang dunia menjadi niat dan tumpuannya maka Allah s.w.t. meletakkan kefaqiran di antara kedua matanya dan meyelerakkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditentukan untuknya.
(al-Tirmizi)
Tapi kita bukannya ahli sihir. Boleh sesuka hati men’teleport’kan diri ke mana sahaja. Jadi kena la cuba aturkan masa. Sikap lewat hadir ke mesyuarat bukan sahaja menyusahkan ahli lain yang datang awal malah sesuatu yang tidak adil kepada mereka. Mereka juga mempunyai urusan-urusan lain yang terpaksa ditinggalkan. Lebih menakutkan lagi, sikap negatif ini juga boleh menjadi wabak yang akan menjangkiti bukan sahaja ahli, malah exco atau HICOM yang lemah sistem ‘immune’. [penulis juga kadang-kadang dijangkiti oleh wabak tersebut]Gandalf: A wizard is never late, Frodo Baggins. Nor is he early. He arrives precisely when he means to.
“ ...kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian goal organisasi.”Mampukah kepimpinan baru mempengaruhi pelajar India dan Cina untuk bersama mereka dalam kegiatan persatuan? Tunggu dan lihat…
"Abu Zuhair (Umarah) bin Ruwaibah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang sembahyang Subuh sebelum terbit matahari dan sembahyang Asar sebelum terbenam matahari."(HR
Muslim)
Buka mata, lihatlah kebenaran…."Dan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq dari dari sembahyang Subuh dan Isyak, dan andaikan mereka mengetahui pahalanya tentu mereka akan mendatanginya meskipun merangkak-rangkak."(HR
Bukhari, Muslim)
![]() |
© 2008 | Brown Iris TEMPLATE DESIGN BY YOYO BEST VIEWED IN FIREFOX @ 1024 x 768 OR HIGHER RESOLUTION |