PGA 9220

16 May 2009


Alhamdulillah.. Akhirnya PGA 9220 dapat jugak dibersihkan setelah sekian lama dibiarkan berdebu. Bukan tidak digunakan tetapi boleh dikatakan menerima nasib yang sama macam akuarium dalam entry yg lepas.

Ketika membasuh PGA 9220, baru ku sedar betapa selama ini aku hanya mengharapkan PGA 9220 memberi perkhidmatan yang memuaskan kepadaku, tetapi aku lupa untuk menjaga kebajikannya.

Teringat cerita ayam bertelur emas. Suatu hari, seorang miskin mendapat seekor ayam yang bertelur emas. Setiap hari ayam itu akan bertelur emas. Si tuan akan mengutip telur untuk dijual di kedai emas. Dalam 3 hari, si tuan menjadi kaya raya. Hari ke lima, si tuan berasa tidak cukup jika satu hari hanya sebiji telur emas. Maka dimarah dan dipaksanya ayam itu supaya bertelur lebih kerap. Hari ke tujuh, ayam itu berhenti bertelur. Si tuan berasa marah lalu memukul ayam itu. Hari ke lapan, ayam itu mati. Si tuan begitu sedih dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku. Akhirnya dia sedar, rupa-rupanya dia hanya mengharapkan produktiviti, tetapi lupa soal kebajikan. dia terlalu mahukan telur emas, tetapi lupa memberi ayam itu makan, tempat tinggal yang baik dan tidak ambil peduli akan kesihatan ayam itu.

Tapi nasib baik PGA 9220 masih belum ‘mati’. Cuma rosak starter, brek berbunyi dan tak makan, lampu brek dan signal tak nyala, meter tak jalan, exos berkarat, rim tayar dah tak berkilat macam dulu, dan apa lagi ya? Nasib baik enjinnya masih berfungsi, dan kerosakan-kerosakan kecil lain masih belum terlambat untuk dibaiki. Maafkan aku PGA 9220. Bila ada duit nanti, akan aku baiki mana yang patut.. (sekarang kena berjimat cermat, nak guna masa dua bulan pertama HO. Gaji belum masuk lg….huhu..)

4 comments:

saffmukmin said...

salam.xpe,pasne dh beli kete,kena jg kete plak,hehe..xnk tkr plate motor?tu dah PGA,jadi plate lain pl ke,hehe

tronx013 said...

salam..

ingat saya sorang je malas jaga barang,..heheh..ada membe, basikal saya dah koma sekarg ni, tu blum bli moto lgi,entah mne basikal akan g..

apa yg penting,hargailah apa yang disekitar kita.. :)

Abe Chik said...

to saff mukmin:
bak pe nk tukar no plate moto plak? tp knapa pl?

beli keta? x nk.. nk beli MPV. bole muat ramai..

to tronx013:
sy bukn malas jaga, tp x smpt nk jaga. lain tu..

nk beli PGA x? huhu.. jgn harap.. sayang tu nk jual. sy menghargai PGA.

saffmukmin said...

hehehe....mn th la kan:P