Akuarium...

12 May 2009

Prioriti

Penatnya.. akhirnya berjaya jugak bersihkan akuarium yg dah lama terbiar ni.. sebelum ni hanya sempat tukar kapas penapis sahaja. tu pun hanya dapat bertahan beberapa minggu sahaja. lepas tu kuning balik airnya.. nak buat macam mana, dalam beberapa bulan yang lepas, ada lagi task yang lebih prioriti iaitu studi untuk final xm. habis xm, pun masih tak sempat bersihkan akuarium tu sebab ada lagi list tugasan-tugasan di kedudukan lebih atas. (khidmat kesihatan, Malam Graduasi, buku album batch, activate balik blog, lawat saudara mara, PAPISMA, jumpa kawan lama, renovate bilik, jadi driver mek & ayoh, hantar kulat, dan lain2 yang yang tak dapat saya sebutkan di sini..) Kira bersihkan akuarium ni pada kedudukan bawahan sket la… (moral of the story: utamakan yang utama!)

Pembersihan

Akuarium perlu bersih supaya ikan sihat dan dapat survive. Pelbagai kaedah, petua dan cara telah diajar oleh mereka yang lebih berpengalaman. Ini bergantung kepada saiz akuarium, jenis ikan, jenis makanan, jenis filter dan juga, jenis personality tuan punya akuarium.. pokoknya, pelbagai aspek perlu diambil kira secara telus dan tanpa kompromi jika mahukan akuarium yang bersih lagi jernih airnya. Soal aksesori seperti batu2 mahal, pokok hidup mahupun palsu, kayu, kincir dalam air …..itu semua perkara kedua. Apa gunanya akuarium penuh dengan aksesori yang mahal2 tetapi airnya kotor dan ikannya berpenyakit? Maka pembersihan itu perlu agar ikan-ikan yang pelbagai spesis ini dapat hidup secara sihat dan harmoni dalam satu akuarium yang bebas dari kekotoran dan penyakit... bila sudah bersih, barulah aksesori2 itu menjadi pelengkap kepada sebuah akuarium yang memikat setiap mata memandang… (moral of the story: akuarium itu negara, ikan itu rakyat. )

Komitmen

Pelihara ikan hiasan ni perlukan komitmen. Beri makan adalah rutin harian. Bila makanan abes, kena beli yang baru (pakai duit tu..). Part yang malas sket bila nak bersihkan kapas penapis. Eei… najis! Tapi, apa nak buat, dah menjadi tanggungjawab. Sapa suruh bela ikan… apapun, ada lagi part yang lagi mencabar: bersihkan akuarium! Saiz akuarium: 22 x 44 inch. Sehari suntuk la jawabnya. Bukannya senang.

First kena asingkan ikan. Ikan tu pulak bukannya reti nak masuk sendiri ke dalam net. Lari lintang pukang. Tak tau ke kite ni nak tolong diorang? Then, bila sumer ikan dah diasingkan, kena la buang airnya pulak. Part ni senang sket sebab guna konsep sains (tiub siphon) untuk alirkan air dari tempat tinggi ke tempat rendah. Sambil tu kena la jugak buang batu2 dan segala aksesori2 lain untuk dibilas dan buang kotoran degil. Selain tu, kena jugak tengok-tengokkan ikan yang dah diasingkan tadi. Mungkin ada yang dah melompat keluar atau dah terapung kaku… kemudian, bila dah siap cuci dan bilas mana yang patut, masukkan balik batu, aksesori, air, dan ikan ke dalam akuarium. (malas nak tulis panjang-panjang… tapi moral of the story: komitmen!)

Satu kepuasan

Memang penat, guna duit, tenaga dan masa. tapi bila lihat ikan-ikan ini sihat dan berenang terasa satu kepuasan dan perasaan tenteram lagi aman…. Tak percaya? Cubalah sendiri..














(kolam ikan talapia di belakang rumah)




(kolah ikan mollies.. ramai budak2 kecik cuba curi ikan2 ni.. budok-budookk... )

(oscar, smarkin, jelawat, lampan)

oscar hitam..

3 comments:

TulipKu said...

tenang melihat ikan berenang..

saffmukmin said...

nampaknya,sjk balik sri tujuh ni,smkn smngt pok2 kita jaga ikang,hehehe

Abe Chik said...

jual moto? hoho.. sayang tu nak jual.. tp tengok la 2-3 thn lg, contact balik ye lps 3 thn..