Berakhirnya satu permulaan

08 May 2009

Alhamdulillah.. kini pengajian kursus doktor perubatan selama 5 tahun di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM KK telah pun berakhir. Tamatnya pengajian undergraduate bukan bermakna satu pengakhiran yang total. Pengajian selama 5 tahun ini hanya satu permulaan dan ia telahpun berakhir. Berakhirnya satu permulaan…
.
Kegagalan
Dalam permulaan ini, kegagalan demi kegagalan telah saya alami. Pertama kali melihat huruf F [Fail] tertera di sebelah nama saya dalam senarai keputusan selanjar 1 tahun 1, terasa diri ini bertuah (positif thinking) kerana akhirnya dapat juga merasa erti kegagalan. Bermula dari itu kegagalan demi kegagalan diraih sehingga diri ini menjadi lali dengan perkataan gagal. Namun jauh di sudut hati ini bertanya … sampai bila? Strategi demi strategi di atur agar kegagalan itu tidak berterusan dan dapat menamatkan pengajian tepat pada masanya. .. Alhamdulillah dengan izin Allah, permulaan ini berakhir jua dengan satu kejayaan. Namun disebalik kejayaan ini, tersirat satu lagi kegagalan…. Gagal menjadi yang terbaik...
.
Kejayaan
Dalam permulaan ini ada juga kejayaan demi kejayaan yang diraih. Berakhirnya permulaan ini juga adalah satu kejayaan. Segala puji bagi Allah…
.
Persahabatan
Dalam permulaan ini, tersirat nilai persahabatn yang sangat berharga. Memori bersama sahabat seperjuangan dalam survivor sebagai pelajar USM KK tidak akan saya lupakan. Hingga di saat akhir sebelum ‘viva borderline’ sahabat-sahabat ini masih bersama membantu. Terima kasih sahabat. Berakhirnya permulaan ini bukan bermakna berakhirnya persahabatan kita…
.
Permusuhan
Hmm…. no komen. Berakhirnya permulaan ini, bermakna berakhirnya permusuhan kita…

Permulaan yang baru.
Di sebalik pengakhiran ini, tersirat sebuah permulaan lain yang membuka satu episode baru dalam hidup. Kehidupan yang lebih mencabar dan lebih menguji daya tahan fizikal, kestabilan emosi dan kekuatan rohani.
.
Apa tidaknya… 6.30 pagi sudah berada di ward… cover case, trace result investigation… Masa makan tak menentu. (Turun lagi la berat badanku yang tak seberapa ni… huhu.. ) tamat office hour, belum tentu boleh balik lagi.. kena pastikan ‘task’ pada hari tesebut di’settle’kn dulu.. baru bole balik… kalau ada yang tak ‘settle’, confirm kena maki ngan bos. kalau on call, start lepas office hour, kerja tak tido malam sampai pagi esok, kemudian esoknya terus sambung kerja untuk hari tersebut sehinggalah tamat office hour. Huhu penatnya…

Tapi.. Betul ke macam tu? Hmm.. tunggu dan lihat.. tapi berdasarkan cerita-cerita senior2 yang telah melaluinya, begitulah gambaran tasawwur kehidupan sebagai seorang house officer. Tak tau la kalau dah ada tokok tambah. Harapnya begitulah…
Kata seorang M.O (medical officer):
“kalau ko enjoy ngan kerja sebagai doktor, penat & sibuk macam mana pun ko tak rasa tertekan.”

3 comments:

tronx013 said...

salam..

salam ziarah daripada saya,ingt lg ke kat kami semua.. heheh.. saja meluaskan link saya ke sini.. ikatan ukhwah melalui blog... Semoga abang menjadi Dr yg terus cemerlang..!!! terus maju mendekati rahmat ilahi.

Abe Chik said...

to tronx013:
masih terlalu awal nk lupa dik.. tunggu la setahun dua lagi... pasti ada yang dh lupa.. bukankah "Melayu mudah lupa.."

InsyaAllah akan patik usahakn jadi Dr yg cemerlang..

iNurses said...

nampak2 nyo begitulah keadaan HO..hok inurses nampak lah..hu..hu..tapi ianya satu permulaan..semoga Allah tidak mencetuskan "JEMU" dan "PUTUS ASA" dalam suasana itu..anggap itulah tarbiyyah..ko guano?hu..hu.."seronokkah mentarbiyyah..
www.ulumcordova.putrabytes.com"..promote blog en ulum..