Kelesuan Subuh di masjid Murni…

02 August 2008


Sesi pengajian 08/09…. Ramai sahabat & adik2 seangkatan telah dipindahkan keluar dari desasiswa Murni. Ada yang dipindahkan ke Desa Nurani, desa UPPU [baca: ten-ten] dan ada juga yang menyewa rumah di luar kampus. Pemergian mereka sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada empayar Islamik yang terbina sekian lama di desa Murni lelaki…

Apa tidaknya, perginya imam-imam, bilal-bilal dan makmum-makmum ini telah menjadikan masjid Murni hilang serinya… perubahan yang ketara dapat dilihat semasa Subuh. Selain laungan azan yang jarang atau lewat kedengaran, kehadiran dibahagian muslimin agak menyedihkan… Imam + bilal +/-makmum tiga-empat orang… kadang-kadang hanya Imam + bilal atau imam merangkap bilal atau paling teruk, imam sendiri pun tak datang!… [bahagian Muslimat saya tak tengok, tapi Alhamdulillah, ada la jugak yang datang.]

Kata orang, yang sudah pergi tak perlu ditangisi… kita yang masih tinggal [saki baki ‘tentera-tentera’ di desa Murni] seharusnya meneruskan perjuangan, memikul tugas mengimarahkan Masjid Murni. Saya bersyukur mempunyai seorang sahabat (bilik aras satu) yang hampir setiap pagi datang ke bilik (aras tiga) semata-mata untuk kejut Subuh. Lebih mengharukan apabila perkhidmatan ‘miscall’ untuk kejut Subuh diberikan tanpa diminta & tanpa sebarang bayaran [mengalahkan Celcom]. Syukran ya akhi..

Sebagai renungan,
"Abu Zuhair (Umarah) bin Ruwaibah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang sembahyang Subuh sebelum terbit matahari dan sembahyang Asar sebelum terbenam matahari."
(HR
Muslim)
(yakni tepat pada waktunya)
"Dan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq dari dari sembahyang Subuh dan Isyak, dan andaikan mereka mengetahui pahalanya tentu mereka akan mendatanginya meskipun merangkak-rangkak."
(HR
Bukhari, Muslim)
Buka mata, lihatlah kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman.

0 comments: