Konvo!

15 August 2009


berdiri dari kiri: mek, k min, ayoh, abe pi, muha
duduk separuh: peyo

Alhamdulillah... dapat jugak merasa terima ijazah..


control..

Bersediakah aku?

29 May 2009


Kerja
Dalam sebulan lagi aku akan start bekerja. Soalnya bukan di hospital mana aku akan bekerja, tapi….
sudah bersediakah aku untuk menjadi HO yang berfungsi?

Gaji
Dalam tiga empat bulan lagi aku akan dapat gaji pertama. Soalnya bukan banyak mana gaji yang masuk, tapi….
sudah bersediakah aku untuk menguruskan kewanganku sendiri mengikut landasan Islam?

Berkahwin
Apabila kehidupan dan financial sudah stabil, aku akan berkahwin. Soalnya bukan dengan siapa, tapi…..
sudah bersediakah aku menjadi seorang suami yang soleh?

Anak
Selepas berkahwin, aku akan dapat anak. Soalnya bukan banyak mana anak yang Allah kurniakan, tapi….
sudah bersediakah aku menjadi seorang ayah yang mendidik dengan didikan Islam?

Gerak kerja Islam
Bekerja meletakkan Islam pada tempat yang sepatutnya adalah satu kewajipan. Soalnya bukan apakah mehnah yang akan aku hadapi dijalan ini, tapi…
Sudah bersediakah aku menjadi seorang pekerja amal Islami yang istiqomah dan tidak futur?

Mati
Mati….Sesuatu yang pasti. Soalnya bukan bila aku akan mati, tapi….
Sudah bersediakah aku untuk menghadapi sakaratul maut?

PGA 9220

16 May 2009


Alhamdulillah.. Akhirnya PGA 9220 dapat jugak dibersihkan setelah sekian lama dibiarkan berdebu. Bukan tidak digunakan tetapi boleh dikatakan menerima nasib yang sama macam akuarium dalam entry yg lepas.

Ketika membasuh PGA 9220, baru ku sedar betapa selama ini aku hanya mengharapkan PGA 9220 memberi perkhidmatan yang memuaskan kepadaku, tetapi aku lupa untuk menjaga kebajikannya.

Teringat cerita ayam bertelur emas. Suatu hari, seorang miskin mendapat seekor ayam yang bertelur emas. Setiap hari ayam itu akan bertelur emas. Si tuan akan mengutip telur untuk dijual di kedai emas. Dalam 3 hari, si tuan menjadi kaya raya. Hari ke lima, si tuan berasa tidak cukup jika satu hari hanya sebiji telur emas. Maka dimarah dan dipaksanya ayam itu supaya bertelur lebih kerap. Hari ke tujuh, ayam itu berhenti bertelur. Si tuan berasa marah lalu memukul ayam itu. Hari ke lapan, ayam itu mati. Si tuan begitu sedih dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku. Akhirnya dia sedar, rupa-rupanya dia hanya mengharapkan produktiviti, tetapi lupa soal kebajikan. dia terlalu mahukan telur emas, tetapi lupa memberi ayam itu makan, tempat tinggal yang baik dan tidak ambil peduli akan kesihatan ayam itu.

Tapi nasib baik PGA 9220 masih belum ‘mati’. Cuma rosak starter, brek berbunyi dan tak makan, lampu brek dan signal tak nyala, meter tak jalan, exos berkarat, rim tayar dah tak berkilat macam dulu, dan apa lagi ya? Nasib baik enjinnya masih berfungsi, dan kerosakan-kerosakan kecil lain masih belum terlambat untuk dibaiki. Maafkan aku PGA 9220. Bila ada duit nanti, akan aku baiki mana yang patut.. (sekarang kena berjimat cermat, nak guna masa dua bulan pertama HO. Gaji belum masuk lg….huhu..)

Akuarium...

12 May 2009

Prioriti

Penatnya.. akhirnya berjaya jugak bersihkan akuarium yg dah lama terbiar ni.. sebelum ni hanya sempat tukar kapas penapis sahaja. tu pun hanya dapat bertahan beberapa minggu sahaja. lepas tu kuning balik airnya.. nak buat macam mana, dalam beberapa bulan yang lepas, ada lagi task yang lebih prioriti iaitu studi untuk final xm. habis xm, pun masih tak sempat bersihkan akuarium tu sebab ada lagi list tugasan-tugasan di kedudukan lebih atas. (khidmat kesihatan, Malam Graduasi, buku album batch, activate balik blog, lawat saudara mara, PAPISMA, jumpa kawan lama, renovate bilik, jadi driver mek & ayoh, hantar kulat, dan lain2 yang yang tak dapat saya sebutkan di sini..) Kira bersihkan akuarium ni pada kedudukan bawahan sket la… (moral of the story: utamakan yang utama!)

Pembersihan

Akuarium perlu bersih supaya ikan sihat dan dapat survive. Pelbagai kaedah, petua dan cara telah diajar oleh mereka yang lebih berpengalaman. Ini bergantung kepada saiz akuarium, jenis ikan, jenis makanan, jenis filter dan juga, jenis personality tuan punya akuarium.. pokoknya, pelbagai aspek perlu diambil kira secara telus dan tanpa kompromi jika mahukan akuarium yang bersih lagi jernih airnya. Soal aksesori seperti batu2 mahal, pokok hidup mahupun palsu, kayu, kincir dalam air …..itu semua perkara kedua. Apa gunanya akuarium penuh dengan aksesori yang mahal2 tetapi airnya kotor dan ikannya berpenyakit? Maka pembersihan itu perlu agar ikan-ikan yang pelbagai spesis ini dapat hidup secara sihat dan harmoni dalam satu akuarium yang bebas dari kekotoran dan penyakit... bila sudah bersih, barulah aksesori2 itu menjadi pelengkap kepada sebuah akuarium yang memikat setiap mata memandang… (moral of the story: akuarium itu negara, ikan itu rakyat. )

Komitmen

Pelihara ikan hiasan ni perlukan komitmen. Beri makan adalah rutin harian. Bila makanan abes, kena beli yang baru (pakai duit tu..). Part yang malas sket bila nak bersihkan kapas penapis. Eei… najis! Tapi, apa nak buat, dah menjadi tanggungjawab. Sapa suruh bela ikan… apapun, ada lagi part yang lagi mencabar: bersihkan akuarium! Saiz akuarium: 22 x 44 inch. Sehari suntuk la jawabnya. Bukannya senang.

First kena asingkan ikan. Ikan tu pulak bukannya reti nak masuk sendiri ke dalam net. Lari lintang pukang. Tak tau ke kite ni nak tolong diorang? Then, bila sumer ikan dah diasingkan, kena la buang airnya pulak. Part ni senang sket sebab guna konsep sains (tiub siphon) untuk alirkan air dari tempat tinggi ke tempat rendah. Sambil tu kena la jugak buang batu2 dan segala aksesori2 lain untuk dibilas dan buang kotoran degil. Selain tu, kena jugak tengok-tengokkan ikan yang dah diasingkan tadi. Mungkin ada yang dah melompat keluar atau dah terapung kaku… kemudian, bila dah siap cuci dan bilas mana yang patut, masukkan balik batu, aksesori, air, dan ikan ke dalam akuarium. (malas nak tulis panjang-panjang… tapi moral of the story: komitmen!)

Satu kepuasan

Memang penat, guna duit, tenaga dan masa. tapi bila lihat ikan-ikan ini sihat dan berenang terasa satu kepuasan dan perasaan tenteram lagi aman…. Tak percaya? Cubalah sendiri..














(kolam ikan talapia di belakang rumah)




(kolah ikan mollies.. ramai budak2 kecik cuba curi ikan2 ni.. budok-budookk... )

(oscar, smarkin, jelawat, lampan)

oscar hitam..

Berakhirnya satu permulaan

08 May 2009

Alhamdulillah.. kini pengajian kursus doktor perubatan selama 5 tahun di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM KK telah pun berakhir. Tamatnya pengajian undergraduate bukan bermakna satu pengakhiran yang total. Pengajian selama 5 tahun ini hanya satu permulaan dan ia telahpun berakhir. Berakhirnya satu permulaan…
.
Kegagalan
Dalam permulaan ini, kegagalan demi kegagalan telah saya alami. Pertama kali melihat huruf F [Fail] tertera di sebelah nama saya dalam senarai keputusan selanjar 1 tahun 1, terasa diri ini bertuah (positif thinking) kerana akhirnya dapat juga merasa erti kegagalan. Bermula dari itu kegagalan demi kegagalan diraih sehingga diri ini menjadi lali dengan perkataan gagal. Namun jauh di sudut hati ini bertanya … sampai bila? Strategi demi strategi di atur agar kegagalan itu tidak berterusan dan dapat menamatkan pengajian tepat pada masanya. .. Alhamdulillah dengan izin Allah, permulaan ini berakhir jua dengan satu kejayaan. Namun disebalik kejayaan ini, tersirat satu lagi kegagalan…. Gagal menjadi yang terbaik...
.
Kejayaan
Dalam permulaan ini ada juga kejayaan demi kejayaan yang diraih. Berakhirnya permulaan ini juga adalah satu kejayaan. Segala puji bagi Allah…
.
Persahabatan
Dalam permulaan ini, tersirat nilai persahabatn yang sangat berharga. Memori bersama sahabat seperjuangan dalam survivor sebagai pelajar USM KK tidak akan saya lupakan. Hingga di saat akhir sebelum ‘viva borderline’ sahabat-sahabat ini masih bersama membantu. Terima kasih sahabat. Berakhirnya permulaan ini bukan bermakna berakhirnya persahabatan kita…
.
Permusuhan
Hmm…. no komen. Berakhirnya permulaan ini, bermakna berakhirnya permusuhan kita…

Permulaan yang baru.
Di sebalik pengakhiran ini, tersirat sebuah permulaan lain yang membuka satu episode baru dalam hidup. Kehidupan yang lebih mencabar dan lebih menguji daya tahan fizikal, kestabilan emosi dan kekuatan rohani.
.
Apa tidaknya… 6.30 pagi sudah berada di ward… cover case, trace result investigation… Masa makan tak menentu. (Turun lagi la berat badanku yang tak seberapa ni… huhu.. ) tamat office hour, belum tentu boleh balik lagi.. kena pastikan ‘task’ pada hari tesebut di’settle’kn dulu.. baru bole balik… kalau ada yang tak ‘settle’, confirm kena maki ngan bos. kalau on call, start lepas office hour, kerja tak tido malam sampai pagi esok, kemudian esoknya terus sambung kerja untuk hari tersebut sehinggalah tamat office hour. Huhu penatnya…

Tapi.. Betul ke macam tu? Hmm.. tunggu dan lihat.. tapi berdasarkan cerita-cerita senior2 yang telah melaluinya, begitulah gambaran tasawwur kehidupan sebagai seorang house officer. Tak tau la kalau dah ada tokok tambah. Harapnya begitulah…
Kata seorang M.O (medical officer):
“kalau ko enjoy ngan kerja sebagai doktor, penat & sibuk macam mana pun ko tak rasa tertekan.”

Bersawan

05 May 2009


Huhu.. dah berbulan lamanya tak update blog ni (7 bulan!!!)… dah bersawan, berhabuk, berdebu. Ni banyak nak kena renovate balik ni…sawan kena buang, habuk kena bersihkan, perabut kena tukar… lantai, pintu, tingkap, dapur….. banyak kerja nak kena buat ni… Tapi, nak start dari mana ye… Ni kena rancang betul-betul ni.. fikir …. Fikir… strategi….

Selepas 30 minit…

Hmm… masih berfikir.. nak buang sawan dulu ke, nak buang habuk dulu?... boleh ke buang sawan ni? Kesian pulak dekat labah-labah… penat-penat buat sarang, sekelip mata sahaja aku musnahkan.. tak sampai hati la pulak… tapi ni kan rumah(blog) aku.. penat-penat aku buat, senang-senang pulak dia buat sawan. Sampai hati la pulak dia.. Ape-ape hal pun, yang pastinya habuk & debu ni memang kena buang…
(asyik fikir pasal sawan dan labah-labah, terlupa pula pasal habuk dan debu yang
memang kena dibersihkan.. )

Selepas 1 jam…..


Hmm… nak start dari mana ye… isshh… macam mana ni? Kerja tak jalan lagi ni… nak buang sawan dulu ke, nak buang habuk dulu? Boleh ke buang sawan ni? Nanti menzalimi binatang pulak.. Tapi kalau nak buang habuk dan debu, kena bersihkan sawan dulu… sebab bila bersihkan sawan, nanti ada sawan-sawan yang jatuh jadi debu dan habuk… berhabuk balik la jawabnya…

Selepas 1 hari….


Hmmm…. Yang mana dulu ni? Boleh ke tak boleh ni?

Selepas setahun….

Hmm…

Selepas beberapa tahun…

ZZZzzzz……

Perkara penting yang membosankan.

17 October 2008


Suatu hari, semasa minggu ke tiga posting medical. Saya dan rakan-rakan kumpulan 7 yang lain menghadiri tutorial BECS(Bioethics & Communication Skill).

Pengajaran BECS kepada pelajar ‘undergraduate’ USM yang mula diperkenalkan sejak tahun 2000 mempunyai tujuannya yang tersendiri.
“It re-emphasises the importance of ethical and professional behaviour as well as effective communication skills when dealing with patients, families and communities as well as government agencies and NGOs.”
-Artikel ‘Curricular Trends in Malaysian Medical Schools: Innovations Within’

Pandangan saya tentang kelas bioethics: membosankan tapi penting.
Membosankan kerana membincangkan perkara yang sama setiap kali kelas BECS (cth: breaking bad news, inform consent, confidentiality, empathy, dll..). Namun penting kerana tujuan pengajarannya yang murni.

Membincangkan perkara yang sama

Manusia akan bosan apabila mendengar perkara yang sama berulang kali. Lebih-lebih lagi apabila method penyampaian yang digunakan juga sama dan daripada orang yang sama. Lihat sahaja apa yang berlaku semasa kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Apa kata orang kampung:

“ tak dok modal lain ko?”

“dok paka jugok taktik hok tulo(sama)…oghe tok cayo doh!”

“bo la… ambo tok sir dengar doh.. tau doh cito sbenar…”

Walaupun demikian, kadang-kadang perkara yang sama (walaupun membosankan) mesti diulang-ulang perbincangannya supaya kita sentiasa beringat dan tidak lupa. Seorang senior BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) semasa zaman sekolah dahulu pernah berkata (menjawab sindiran segelintir pihak terhadap tazkirah di surau yang mengulang isu atau topik yang sama):
“ dah nama tazkirah… memang la dok ulang sebut perkara yang sama. Tazkirah ni kan peringatan.. benda yang kita dah tau, tapi diulang-ulang supaya kita ingat dan tidak lupa…”
Begitu juga halnya dengan soal pengajaran bioethics. Perlu diulang-ulang (dengan kekerapan yang berpatutan) supaya 'final produk' yang bakal dihasilkan oleh universiti kelak merupakan doktor yang beretika dan professional, bukannya robot yang diprogramkan hanya untuk memberi servis perubatan semata-mata.

Oleh itu bagi mengelakkan kebosanan apabila ingin membincangkan perkara yang sama:
1. Gunakan method atau pendekatan yang berbeza.
2. Tambahkan sedikit ‘added value’ atau perkara baru supaya pendengar merasakan mereka mendapat sesuatu yang baru selain perkara yang mereka sudah sedia mengetahui.