Mujur...

28 August 2008



Suatu malam, dialog di unit kecemasan, Hospital Besut (orang Jerteh panggil Spital Jerteh).

Pesakit : Aduh! sakit ni abahnyo...mujo idup lagi anok abah ni! (Aduh! it's very painful, dad! Lucky, i'm still alive!)

Ayah : Lagu mano anok ambo ni doktor? (doctor, how's my son?)

Doktor : Biar sayo check dulu... Dio blago ngan gapo ni pokcik? ( Let me examine him first.... Pakcik, how the accident occurs?)

Ayah : Dia kena tepuh ko lori! ( He was hit by a lorry!)

Pesakit : Buke lori abah, ven ike! ( It wasn't a lorry, it was a fish van!)

Ayah : Mujo buke lori! Pah tu? Terok ko ni doktor? (Lucky it wasn’t a lorry .Then? Was he seriously injured?)

Doktor : Napoknyo kaki dio patoh sebeloh…… (One leg was broken...)

Ayah : Mujo buke patoh dua dua…. (Luckly both legs weren’t broken)

Pesakit : Abah, tu pong mujo dreba ven sempat brek. (dad, It was lucky that the van driver branked in time)

Ayah : Mujo ven tu tok laju…. (Lucky the van wasn’t going fast….)

Doktor: Alhamdulillah.... mujo ambo hok oncall male ni.... (Alhamdulillah... lucky that i'm the one who oncall tonight..)

Moral of the story: jadilah hamba yang bersyukur...

Banyaknya kuih?

17 August 2008


Suatu malam selepas solat isyak di balasah(surau) Haji Nor, Kedai Mulong. Para jemaah dijamu dengan kuih muih sumbangan seorang penduduk yang baik hati.

Ketika menjamu selera, seorang pakcik berkata "Banyaknya kuih!"

Saya menjawab dalam hati, "Sebenarnya bukan kuih yang banyak, tapi kita yang sedikit...."

Moral of the story: jom imarahkan surau/masjid!

Pasang telinga...

12 August 2008

Sekolah memandu, 2.00pm. satu jam lagi sebelum tiba giliran saya membuat latihan. Mata saya melirik ke arah sekumpulan orang. Kelihatan seorang cikgu memandu sedang memberitahu sesuatu kepada 3 pelajar yang juga sedang menunggu giliran. Saya memasang telinga….

“Niat ni umpamo sekor semuk hite di atah batu hok hite, di male hok gelak. Tok napok, tapi ado… bergerok…” (Niat ni umpama semut hitam di atas batu yang hitam, di malam yang gelap. Tak nampak, tapi ada, sedang bergerak..)


Rupa-rupanya cikgu tersebut sedang memberi pengisian rohani kepada pelajar-pelajarnya! Satu fenomena yang jarang berlaku. Saya terus memasang telinga, turut sama mendengar.

Sebagai seorang muslim, cikgu tersebut melaksanakan kewajipannya untuk berdakwah. Walaupun sebagai guru memandu, beliau telah memanfaatkan posisinya itu untuk berdakwah kepada ‘target group’ yang berada dalam lingkungan kerjanya.

Tanyalah kepada diri sendiri, "Apakah posisiku sekarang?" Pelajar? Doktor? Jururawat? Guru? Peguam? Staff? Pegawai? Wartawan?

Kemudian tanyalah pula, “Sejauh mana aku memanfaatkan posisi itu untuk kebaikan Islam?”

Apapun alasan, “saya bukan ustaz” “ saya tak cukup ilmu….” “saya jahat..” “saya tak layak.” bukanlah tiket untuk melepaskan diri dan berada dalam ‘comfort zone’ yang sebenarnya temporari lagi palsu. Persiapkanlah diri untuk bersama-sama memberi sumbangan kepada Islam agar dapat berada dalam ‘comfort zone’ yang permanent di akhirat kelak…

Firman Allah dalam surah As-Saff:

“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (10)


(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (11)


Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung. (12)


Dan kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin. (13)”



Buka mata, cari kebenaran
Tepuk dada, Tanya iman.

Minds...

10 August 2008


Great minds discuss ideas


"Agenda reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan harapan baru untuk Malaysia sudah semakin dekat"





-Anwar Ibrahim




Average minds discuss events

"Saya sudah cakap dari awal lagi, kedua-duanya (pilihan raya dan kes liwat) adalah isu yang berasingan," katanya pada satu sidang akhbar.






Small minds discuss people
"Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, ingin saya tegaskan di sini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini."

....

How about your mind?


..........?

Stress? Tension? Tertekan?

07 August 2008

Yellow zone, A&E HUSM. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Tinggal 30 minit lagi sebelum berakhirnya oncall pada hari tersebut. (oncall student posting A&E sampai pukul 2.00 pagi sahaja). Saya dan beberapa lagi student yang oncall sedang mendengar celoteh seorang doktor yang bertugas pada malam tersebut. Pelbagai perkara yang dibincangkan. Akademik, clinical, masalah sikap pegawai perubatan, kualiti perkhidmatan HUSM, pengalaman di hospital lain, dan banyak lagi. Di penghujung celotehnya, doktor tersebut berpesan kepada kami (dalam bahasa Inggeris, tapi saya terjemahkan dalam bahasa Melayu- mungkin ada sedikit tokok tambah..)


Belajar medic ni agak stress dan tertekan. Kamu semua harus mempunyai perkara lain (selain belajar) untuk dibuat pada hujung minggu. Keluar jalan2, tonton wayang, memancing, tengok movie.... untuk releas’kan tension. Tapi jangan sampai perkara tu mengabaikan study pulak…. bla….. bla….bla…”


Saya bertanya kepada diri sendiri….

Stress? Tertekan? Hmm… ada la jugak especially masa nak dekat end of posting examination dan ditambah lagi buku log yang masih banyak belum terisi.

Perkara lain selain belajar?
Hmm… ada la jugak contohnya menulis blog, pelihara ikan (guppy, neon tetra, smakin, jelawat, MPKB, lapan, kap, black Oscar),pelihara udang, martial art, balik ke rumah, basuh
baju, basuh motor,….



Persoalannya, betulkah perkara-perkara tersebut mereleaskan tension? Hmm.. ada la jugak berkurang sedikit tekanan apabila:

1.Meluahkan apa yang terbuku di hati melalui penulisan di blog
2.Melihat ikan berenang-renang dalam akuarium.
3.Menendang sekuat hati semasa latihan silat
4.Melihat wajah mak dan ayah kat rumah.
5.Melihat baju yang akhirnya tersidai diampaian selepas seminggu diperap di dalam baldi.


Tekanan berkurang sedikit sahaja? Kenapa tidak hilang 100%? Apa puncanya? Adakah kerana ‘stress management’ yang kurang efekif?

Sesungguhnya Islam ada jawapannya.


Firman Allah, Maksudnya :

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”

(Ar-Ra’d :28)


Peliharalah ikan banyak mana pun, tendanglah sekuat mana pun, tapi kalau tidak berzikir mengingati Allah hati tidak akan tenteram. (berzikir pula mesti mengikut apa yang disyariatkan. Jangan sampai melakukan bid’ah idhafiyyah pulak.)

Hadith Nabi s.a.w. pula:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa akhirat menjadi niat dan tumpuannya, Allah s.w.t. meletakkan kekayaan dalam hatinya dan menyatukan urusan-urusannya yang berselerak dan dunia datang dengan tunduk kepadanya. Sesiapa yang dunia menjadi niat dan tumpuannya maka Allah s.w.t. meletakkan kefaqiran di antara kedua matanya dan meyelerakkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditentukan untuknya.

(al-Tirmizi)


Tepuk dada, tanya diri sendiri: Apakah niat aku belajar bidang perubatan?

AGM PSP

06 August 2008

Alhamdulillah, berakhir sudah tampuk pemerintahan kami sebagai HICOM & EXCO PSP sesi 07/08. AGM yang diadakan semalam telah memilih barisan kepimpinan baru yang diharapkan dapat menerajui PSP kearah kecemerlangan dan menaikkan nama USM.

Seperti tahun-tahun yang lepas, AGM kali ini juga dimulakan agak lewat dari masa yang dirancang. (bukan salah ajk AGM). Bila la agaknya masyarakat kita nak berubah supaya lebih menepati masa? Teringat perbualan Frodo dan Gandalf dalam cerita The Lord of The Ring:

Frodo: You're late.


Gandalf: A wizard is never late, Frodo Baggins. Nor is he early. He arrives precisely when he means to.

Tapi kita bukannya ahli sihir. Boleh sesuka hati men’teleport’kan diri ke mana sahaja. Jadi kena la cuba aturkan masa. Sikap lewat hadir ke mesyuarat bukan sahaja menyusahkan ahli lain yang datang awal malah sesuatu yang tidak adil kepada mereka. Mereka juga mempunyai urusan-urusan lain yang terpaksa ditinggalkan. Lebih menakutkan lagi, sikap negatif ini juga boleh menjadi wabak yang akan menjangkiti bukan sahaja ahli, malah exco atau HICOM yang lemah sistem ‘immune’. [penulis juga kadang-kadang dijangkiti oleh wabak tersebut]

Selain itu, kehadiran juga kurang memuaskan dan tidak seimbang dari segi taburan kaum. Kelihatannya pelajar Melayu lebih mendominasi. Kesannya, semua HICOM yang dilantik dalam AGM tersebut terdiri daripada pelajar Melayu dan tiada pencalonan daripada kaum lain. Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan PSP ialah persatuan untuk orang Melayu(Muslim) sahaja.


So, satu cabaran buat kepimpinan baru untuk mempengaruhi lebih ramai lagi ahli dari kaum Cina & India supaya melibatkan diri dalam kegiatan persatuan. En Zul, mewakili BHEPP dalam ucapannya menyebut:


...kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian goal organisasi.”
Mampukah kepimpinan baru mempengaruhi pelajar India dan Cina untuk bersama mereka dalam kegiatan persatuan? Tunggu dan lihat…

Jika dibandingkan AGM tahun-tahun yang lepas di mana ahli lebih cenderung menerima segala laporan yang dibentangkan tanpa banyak persoalan, AGM pada tahun ini menunjukkan sedikit perubahan apabila terdapat beberapa ahli yang ‘berkaliber’ bangkit menanyakan soalan demi soalan semasa sesi perbentangan laporan aktiviti dan kewangan. Ini menunjukkan masih ada ahli yang ‘cakna’ dengan apa yang telah dibuat oleh pihak persatuan sepanjang sesi 07/08.

Apapun, semoga persoalan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan, bukannya untuk melepaskan geram atau menjatuhkan kredibiliti HICOM dan EXCO-EXCO persatuan….. jangan sampai umpama meludah ke langit, kelak jatuh ke muka sendiri....

Kelesuan Subuh di masjid Murni…

02 August 2008


Sesi pengajian 08/09…. Ramai sahabat & adik2 seangkatan telah dipindahkan keluar dari desasiswa Murni. Ada yang dipindahkan ke Desa Nurani, desa UPPU [baca: ten-ten] dan ada juga yang menyewa rumah di luar kampus. Pemergian mereka sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada empayar Islamik yang terbina sekian lama di desa Murni lelaki…

Apa tidaknya, perginya imam-imam, bilal-bilal dan makmum-makmum ini telah menjadikan masjid Murni hilang serinya… perubahan yang ketara dapat dilihat semasa Subuh. Selain laungan azan yang jarang atau lewat kedengaran, kehadiran dibahagian muslimin agak menyedihkan… Imam + bilal +/-makmum tiga-empat orang… kadang-kadang hanya Imam + bilal atau imam merangkap bilal atau paling teruk, imam sendiri pun tak datang!… [bahagian Muslimat saya tak tengok, tapi Alhamdulillah, ada la jugak yang datang.]

Kata orang, yang sudah pergi tak perlu ditangisi… kita yang masih tinggal [saki baki ‘tentera-tentera’ di desa Murni] seharusnya meneruskan perjuangan, memikul tugas mengimarahkan Masjid Murni. Saya bersyukur mempunyai seorang sahabat (bilik aras satu) yang hampir setiap pagi datang ke bilik (aras tiga) semata-mata untuk kejut Subuh. Lebih mengharukan apabila perkhidmatan ‘miscall’ untuk kejut Subuh diberikan tanpa diminta & tanpa sebarang bayaran [mengalahkan Celcom]. Syukran ya akhi..

Sebagai renungan,
"Abu Zuhair (Umarah) bin Ruwaibah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang sembahyang Subuh sebelum terbit matahari dan sembahyang Asar sebelum terbenam matahari."
(HR
Muslim)
(yakni tepat pada waktunya)
"Dan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq dari dari sembahyang Subuh dan Isyak, dan andaikan mereka mengetahui pahalanya tentu mereka akan mendatanginya meskipun merangkak-rangkak."
(HR
Bukhari, Muslim)
Buka mata, lihatlah kebenaran….
Tepuk dada, Tanya iman.